Program Teknologi Pembinaan Semester 3 memberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pembinaan bangunan lanjutan. Aktiviti pembelajaran merangkumi penyeliaan pembinaan bangunan, kerja superstruktur, pemasangan kemasan bumbung serta Sistem Bangunan Berindustri (Industrialized Building System – IBS).
Melalui pembelajaran teori dan amali, pelajar didedahkan kepada prosedur kerja pembinaan, pemeriksaan kualiti, pematuhan spesifikasi dan lukisan pembinaan serta amalan keselamatan di tapak bina. Pelaksanaan program ini bertujuan melahirkan pelajar yang kompeten, berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai profesionalisme selaras dengan keperluan industri pembinaan.