Program Teknologi Pembinaan Semester 4 memberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran amali dalam bidang kemasan bangunan. Pembelajaran merangkumi empat komponen utama, iaitu Kerja Kemasan, Pemasangan Dinding, Penyeliaan Pembinaan Bangunan II dan Kemasan Siling.
Melalui pembelajaran teori dan amali, pelajar didedahkan kepada pelaksanaan kerja melepa dinding, rendering, pemasangan jubin, mengecat, pemasangan blok batu dan panel dinding serta kerja kemasan siling. Pelajar turut dibimbing dalam aspek penyeliaan dan pemeriksaan kualiti kerja pembinaan berdasarkan lukisan pembinaan serta spesifikasi yang ditetapkan.
Pelaksanaan pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kompetensi teknikal, ketelitian, disiplin dan sikap profesional pelajar, di samping menerapkan amalan keselamatan pekerjaan, penjagaan alam sekitar dan pengurusan tempat kerja yang sistematik. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang berkemahiran, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri pembinaan.