Program penerangan Garis Panduan Pengekodan Program dan Kursus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bertujuan memberikan panduan kepada Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan penggunaan kod program dan kod kursus yang telah diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). Garis panduan ini menerangkan sistem pengekodan program yang menggunakan tiga abjad bagi mewakili peringkat sijil, bidang dan program, serta kod kursus yang terdiri daripada tiga abjad dan empat angka. Pelaksanaan garis panduan ini diharapkan dapat menyeragamkan penggunaan kod program dan kursus, memudahkan pengurusan kurikulum serta memastikan ketepatan maklumat kursus dalam pelaksanaan SVM di Kolej Vokasional.