"Your Is Our Business"

Struktur SVM_CBF Pengurusan Perniagaan_2026.

Struktur SVM_CBF Pengurusan Perniagaan_2026.,

Program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang Pengurusan Perniagaan (CBF) bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan serta pentadbiran pejabat. Program ini merangkumi kursus vokasional seperti asas pengkomputeran, komunikasi pejabat, perkhidmatan kaunter hadapan, kewangan pejabat, pengurusan perolehan, pengurusan inventori, penyediaan dan pengurusan dokumen, pengurusan fail, pengurusan logistik, pentadbiran staf, keselamatan pejabat serta pengurusan acara. Selain itu, pelajar turut mengikuti kursus akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Program ini dilaksanakan selama empat semester bagi membangunkan pengetahuan, kemahiran praktikal dan kecekapan pelajar untuk melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pentadbiran perniagaan.