"Your Is Our Business"

📢 HEBAHAN RASMI | PROSES PEMILIHAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2027

Proses Pemilihan Kemasukan ke Kolej Vokasional Tahun 2027, 9 November hingga 20 November 2026

Proses Pemilihan Kemasukan ke Kolej Vokasional Tahun 2027

📢 HEBAHAN RASMI | PROSES PEMILIHAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2027

Kolej Vokasional Muadzam Shah ingin memaklumkan bahawa proses pemilihan calon ke Kolej Vokasional bagi tahun 2027 sedang berlangsung.

🗓️ Tarikh Mesyuarat Pemilihan dan Penempatan:
9 November hingga 20 November 2026

Proses ini merupakan antara langkah penting dalam memastikan pemilihan dan penempatan calon ke Kolej Vokasional dilaksanakan secara teratur, telus dan berdasarkan ketetapan serta kriteria yang telah ditetapkan.

Calon, ibu bapa dan penjaga adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti hebahan rasmi berkaitan proses kemasukan ke Kolej Vokasional bagi mendapatkan maklumat terkini dan mengelakkan sebarang kekeliruan.

📌 Teruskan mengikuti saluran rasmi Kolej Vokasional Muadzam Shah untuk mendapatkan maklumat dan pengumuman terkini.

Bersama Membina Masa Depan.