PENILAIAN ANDA AMAT BERMAKNA!
Pihak Kolej Vokasional ingin memohon kerjasama semua pelajar untuk melengkapkan Course Valuation (Penilaian Kursus) bagi kursus/subjek yang telah ditetapkan.
Penilaian ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya membantu pihak kolej dalam meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyampaian pendidikan dan latihan di Kolej Vokasional.
Kerjasama semua pelajar dalam melengkapkan penilaian ini amat dihargai. Setiap maklum balas anda amat bermakna dan dapat membantu pihak kolej menambah baik kualiti pendidikan, pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
“Suara Anda, Pemacu Kualiti Pendidikan Kolej Vokasional.”