"Your Is Our Business"

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kolej Vokasional Semester 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kolej Vokasional Semester 2,

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN SEMESTER 2

KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH

Dimaklumkan bahawa pelaksanaan pembelajaran bagi Program Teknologi Pembinaan, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 2 adalah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kolej Vokasional (DSKPKV) Tahun 2024.

Pembelajaran semester ini merangkumi empat kursus utama seperti berikut:

CCA2113 – Pemantauan Kerja Cerucuk

CCA2123 – Kerja Bata, Pemasangan Pintu dan Tingkap

CCA2133 – Superstruktur I

CCA2144 – Sistem Pemasangan Bumbung

Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang terlibat hendaklah memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, latihan amali serta tugasan yang ditetapkan oleh tenaga pengajar.

Pelajar juga diingatkan supaya mematuhi arahan tenaga pengajar, mengamalkan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang menjalankan aktiviti amali.

Pentaksiran akan dilaksanakan berdasarkan kaedah dan kriteria yang ditetapkan bagi menilai tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran serta nilai profesional pelajar.

Kerjasama dan komitmen semua pelajar amat dihargai bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Teknologi Pembinaan
Kolej Vokasional Muadzam Shah