30 Januari 2026
Kejohanan Olahraga Kali Ke-31 🏆🦾
Pertandingan yang berlangsung pada 29 & 30 Januari 2026 di Padang Kolej Vokasional Langkawi
Kebangkitan RUMAH WAJA sebagai Sang Juara!!
Selepas 4 tahun, Rumah WAJA akhirnya berjaya merampas kembali gelaran juara dalam Kejohanan Olahraga Kali Ke-31
Pertandingan yang berlangsung pada 29 & 30 Januari 2026 di Padang Kolej Vokasional Langkawi menyaksikan semangat kesukanan, daya juang dan perpaduan yang luar biasa dalam kalangan warga KV Langkawi.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan warga KV Langkawi atas semangat juang, disiplin serta kerjasama yang hebat. Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha dan kegigihan pasti membuahkan hasil!
Kedudukan Rumah Sukan Kejohanan Olahraga Kali Ke-31:
Rumah WAJA
Rumah WIRA
Rumah PUTRA
Rumah SATRIA
#soarlikeaneagle #KejohananOlahraga #bulancergas #generasiMADANI #Juara2026