JUN – DIS 2023
LAPORAN AKTIVITI SCHOOL ENTERPRISE DENGAN KERJASAMA UNIT PENGURUSAN ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL BESUT
| PERKARA | PERKARA / KETERANGAN |
| JABATAN | TEKNOLOGI AWAM |
| ANJURAN | SCHOOL ENTERPRISE Program Teknologi Pembinaan |
| NAMA PROJEK S.E. | MENDIRIKAN TIANG BAGI PEMBINAAN AMPAIAN BERBUMBUNG ASRAMA PEREMPUAN KVB |
| KATEGORI PROJEK | PERKHIDMATAN |
| PENYELARAS PROJEK | Penyelaras SCHOOL ENTERPRISE Program Teknologi Pembinaan |
| TARIKH PERLAKSANAAN | JUN – DIS 2023 |
| PENGLIBATAN |
|
1. JAWATANKUASA PELAKSANA
- Pengerusi : Ketua Jabatan Teknologi Awam KVB
(HAJI SAIDI BIN SAID)
- Tim. Pengerusi : Ketua Program Teknologi Pembinaan KVB
(EN. NIK AZMAN BIN ABD SAMAD)
- Penyelaras : Penyelaras SCHOOL ENTERPRISE Teknologi Pembinaan KVB
(EN. MOHD FAREQ WAJDI BIN ABDUL MUTALIB)
- Setiausaha : (EN. MOHD KHAIDIR BIN NAWI)
- AJK Guru : Pensyarah Program Teknologi Pembinaan KVB
- AJK Pelajar : Pelajar Program Teknologi Pembinaan KVB
2. OBJEKTIF PROJEK
- Mengasah kemahiran yang ada di kalangan pelajar dalam melakukan kerja bidang pembinaan / perabot / amali.
- Memahirkan lagi kemahiran yang sedia ada sebagai persiapan untuk sebarang pertandingan dalam bidang pembinaan / perabot.
- Menjana sumber kewangan untuk unit SE program bagi melaksanakan aktiviti pada masa depan.
3. KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK
- Unit pengurusan asrama KVB datang berbincang dengan unit SE program untuk mendirikan tiang bagi pembinaan ampaian berbumbung asrama perempuan. Struktur bumbung dan lantai simen akan dibuat oleh pihak luar.
- Unit pengurusan dan unit SE program telah berbincang dalam menghasilkan lakaran projek.
- Unit pengurusan asrama bersetuju untuk mengeluarkan modal dan akan membayar kos upah untuk mendirikan tiang ampaian tersebut.
- Pensyarah dan pelajar telah memulakan proses mendirikan tiang ampaian mengikut lakaran projek yang telah dipersetujui
- Setelah siap unit pengurusan asrama telah membayar kos upah yang telah dipersetujui kepada unit SE program.