"The Successful College. Hebbaat KV Besut!"

Laporan Program Khidmat Sosial oleh Alumni dan Kelab Teknologis Diploma Teknologi Pembinaan


Tempat 

Bengkel Kerja Melepa dan Memasang Jubin

 

Penganjur 

Program Teknologi Pembinaan KV Besut 

 

Peringkat Aktiviti 

Program 

 

Penglibatan

Alumni Diploma Teknolgi Pembinaan dan pelajar Teknologi Pembinaan

 

Objektif Aktiviti 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk : 

 

  1. Menggunakan khidmat kepakaran alumni untuk membina dan menyiapkan lantai konkrit di bengkel Kerja Melepa dan Jubin. 
  2. Membantu menjimatkan kos perbelanjaan program. 
  3. Memupuk kerjasama baik antara Program dan Alumni Diploma Teknologi Pembinaan 

 

Pencapaian / Kedudukan 

 

Tidak berkenaan 

 

Impak Aktiviti 

Program ini diuruskan oleh Program Teknologi Pembinaan dengan kerjasama Alumni Diploma Teknologi Pembinaan telah berjaya membantu mempercepatkan pembinaan lantai konkrit di bengkel. Program ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan program daripada mengupah kontraktor luar untuk membina lantai konkrit yang mungkin memakan lebih banyak kos. Selain itu, program ini juga dapat memupuk kerjasama yang baik dan erat antara Program dan alumni Diploma Teknologi Pembinaan seterusnya dapat memberi faedah yang amat bermakna dalam memperkayakan kemahiran dan pengalaman kepada alumni itu sendiri. 

 

Rumusan Aktiviti 

Program ini diharapkan dapat memupuk kerjasama yang baik dan erat antara Program dan alumni Diploma Teknologi Pembinaan dengan sumbangan kepakaran mereka dalam bidang yang berkaitan dengan profesion yang diceburi seterusnya dapat memberi manfaat kepada Program dan pelajar-pelajar Program Teknologi Pembinaan.