PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR I (PTAI) - KOHORT 2025
Program Teknologi Elektronik
- Menilai kefahaman awal pelajar terhadap tajuk dan skop projek yang dipilih.
- Memastikan perancangan projek (Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Kajian Literatur, Bab 3: Metodologi dan Carta Gantt) mematuhi piawaian Garis Panduan PTA Kolej Vokasional.
- Memberi maklum balas teknikal dan penambahbaikan sebelum pelajar memulakan fasa pembinaan prototaip.
Ringkasan Pelaksanaan
Pada 28 Ogos 2026, telah berlangsung Pembentangan Projek Tahun Akhir I (PTAI). Tema PTA pada tahun 2026 ini ialah AI. Panel penilai yang hadir ialah Puan Kurniawati binti Ilias (Timbalan Pengarah Akademik), Ts. Haidzum Hazwani binti Hairi (Ketua Program Teknologi Elektrik) dan Ts. Paul Kenny Tshong (Pensyarah Program Teknologi Automotif). Terdapat 11 kumpulan pembentangan yang terdiri daripada 23 orang pelajar Diploma semester 3 Kohort 2025. Fokus pembentangan merangkumi penyataan masalah, objektif projek, rajah blok sistem, litar skematik awal, dan metodologi kajian. Panel penilai menguji kebolehlaksanaan (feasibility) projek daripada aspek teknikal, keselamatan litar, kos komponen, dan ketersediaan bahan di pasaran. Sesi soal jawab menumpukan kepada kefahaman pelajar tentang fungsi komponen utama dan logik pengaturcaraan yang akan digunakan.
Hasil / Impak Aktiviti
Pelajar menerima cadangan pemurnian reka bentuk litar dan pengaturcaraan daripada panel penilai bagi mengelakkan kegagalan fungsi prototaip pada fasa PTA 2. Selain itu, memastikan projek yang dibangunkan adalah relevan dengan perkembangan industri elektronik semasa dan mematuhi standard Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV).