"Foster Agro Workforce And Entreprenuer"

Aktiviti Kolej

Program Khatam Al-Quran Perdana bagi Pensyarah dan AKP Tahun 2026


Alhamdulillah, telah berlangsung semalam (13 Mac 2026) dengan penuh keberkatan Program Khatam Al-Quran Perdana bagi Pensyarah dan AKP Tahun 2026.

 

Masa: 8.30 pagi

 

Tempat: Bilik Gerakan, KVDLM

Program ini menjadi medan untuk kita bersama-sama menghayati keindahan kalam Allah SWT serta menyemarakkan lagi semangat cinta terhadap Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." — Hadis Riwayat Bukhari.

Semoga segala usaha dan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, ketenangan hati dan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan.

 

Disertakan gambar-gambar sekitar majlis.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.