6/3/2026 (Jumaat)
Penyampaian sijil terbaik kursus diploma Teknologi Elektronik
Penglibatan : En. Sulaman Bin Ibrahim (Ketua Jabatan), Pn. Roslin Binti Madisin (Ketua Program), Pensyarah Teknologi Elektronik, Pelajar diploma ambilan 2025 & 2024 Pelajar SVM kohort 2026
Objektif
- Memberi pengiktirafan kepada pelajar Diploma Teknologi Elektronik yang mencapai prestasi cemerlang dalam kursus vokasional.
- Meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan akademik.
- Memupuk budaya kecemerlangan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar program.
Impak
- Pelajar berasa dihargai atas pencapaian yang diperoleh dan lebih berkeyakinan untuk mengekalkan prestasi cemerlang.
- Mendorong pelajar lain untuk meningkatkan usaha dan pencapaian dalam kursus vokasional.
- Mengukuhkan budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar Program Teknologi Elektronik.