"The Successful College. Hebbaat KV Besut!"

BICARA SUKSES ALUMNI DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN (SAMBUNG BELAJAR)


Objektif Aktiviti 

Objektif utama Bicara Sukses ini diadakan adalah untuk : 

 

  1. Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pendidikan tinggi yang boleh diceburi setelah tamat pengajian. 
  2. Memberi pendedahan mengenai pendidikan tinggi yang perlu dilalui oleh pelajar setelah tamat pengajian. 
  3. Memotivasikan diri pelajar untuk lebih berusaha bagi menamatkan pengajian dengan sebaiknya. 
  4. Memberi pendedahan mengenai kelebihan pendidikan tinggi dalam bidang Teknologi Pembinaan. 

 

  1. Pencapaian / Kedudukan 

 

Tidak berkenaan 

 

  1. Impak Aktiviti 

 Program ini diuruskan oleh Unit Psikologi dan kerjaya bersama Alumni Diploma Teknologi Pembinaan. Program ini telah membantu dalam meningkatkan pengetahuan seterusnya memberi pendedahan sewajarnya mengenai pendidikan tinggi yang boleh diceburi setelah tamat pengajian. Pelajar yang mengikuti program ini didapati telah menjadi begitu bermotivasi dalam memastikan diri mereka dapat menamatkan pengajian dengan sebaiknya bagi membolehkan mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pelajar juga mendapat kesedaran mendalam tentang peri pentingnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah. 

 

  1. Rumusan Aktiviti 

Program yang telah diadakan ini telah memberi kesan yang baik kepada pelajar setelah mendapat maklumat terperinci tentang pendidikan tinggi yang boleh diceburi setelah tamat pengajian. Pelajar juga menjadi lebih bermotivasi untuk menamatkan pengajian dengan segulung diploma seterusnya berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah.