LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026
1.0 PENGENALAN
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat Program Teknologi Pembinaan merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Program Teknologi Pembinaan dengan sokongan para pensyarah dan pelajar. Program ini bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal di samping merapatkan ukhuwah antara barisan pendidik dan para pelajar dari semua kohort.
2.0 OBJEKTIF
- Mengeratkan Silaturahim: Membina hubungan yang lebih akrab antara pelajar, pensyarah, dan staf sokongan Program Teknologi Pembinaan.
- Memupuk Semangat Kerjasama: Menggalakkan kerja berpasukan melalui persiapan majlis, termasuk penyediaan makanan dan hiasan tempat.
- Meraikan Kepelbagaian: Menyantuni pelajar dari pelbagai latar belakang dalam meraikan perayaan kebudayaan dan keagamaan yang harmoni.
3.0 BUTIRAN PROGRAM
- Tarikh: 6 April 2026 (Isnin)
- Masa: 10.30 Pagi – 12.00 Tgh
- Tempat: Perkarangan Bengkel Teknologi Pembinaan
- Tema: "Baju Raya"
- Anjuran: Jabatan Teknologi Awam
4.0 KEHADIRAN
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pecahan kehadiran adalah seperti berikut:
| Kategori | Jumlah Kehadiran |
|---|---|
| Pensyarah / Pengajar | 10 orang |
| Pelajar Tahun 1 SVM | 54 orang |
| Pelajar Tahun 2 SVM | 27 orang |
| Pelajar Tahun 1 DTP | 30 orang |
| Jumlah Keseluruhan | 101 orang |
5.0 TENTATIF DAN PENGISIAN PROGRAM
| Masa | Aktiviti |
|---|---|
| 10.00 Pagi | Ketibaan pensyarah dan para pelajar. |
| 10.30 Pagi | Bacaan Doa oleh wakil pelajar. |
| 10.30 Pagi | Jamuan makan bermula (berkonsepkan potluck dan gerai). |
| 2.00 Petang | Sesi gotong-royong pembersihan kawasan bengkel. |
| 4.00 Petang | Bersurai. |
6.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 peringkat Program Teknologi Pembinaan telah mencapai objektif yang disasarkan. Sambutan yang meriah serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan kesatuan yang kukuh warga Teknologi Pembinaan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan yang tradisi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
Nama : Ts. Norliana Binti Mohamad Nama : Nurizam Bin Mat Saad
| Jawatan : Ketua Program | Jawatan : Ketua Jabatan |
| Program Teknologi Pembinaan | Jabatan Teknologi Awam |