Unit Pendidikan Islam KVPM
KEM AMALI SOLAT & TATACARA SEMBELIHAN PELAJAR SVM KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS TAHUN 2026
OBJEKTIF PROGRAM
Membantu pelajar memahami konsep dan kepentingan solat dalam kehidupan seharian serta aspek halal dalam makanan melalui tatacara sembelihan yang betul.
Memberi pengalaman praktikal kepada pelajar untuk menghayati nilai Islam dalam amalan seharian.
Membina sikap disiplin, tanggungjawab dan komitmen pelajar terhadap kewajipan agama mereka, seterusnya mengukuhkan identiti diri sebagai seorang Muslim.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran praktikal dalam melaksanakan solat dengan betul serta mengikuti proses sembelihan yang sah di sisi syarak.
AKTIVITI PROGRAM
Perasmian Kem Amali Solat dan Tatacara Sembelihan
Amali Solat
Latihan Dalam Kumpulan Kem Amali Solat
Solat Zohor Berjemaah Dan Makan Tengahari
Solat Asar Berjemaah
Aktiviti BBQ
Ceramah Peranan Solat Dalam Kehidupan
IMPAK PROGRAM
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam melaksanakan solat dengan betul serta mempraktikkan tatacara sembelihan mengikut syariat Islam.
Membentuk pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia melalui penghayatan ibadah solat dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk mengimamkan solat, membaca bacaan solat dan melaksanakan sembelihan dengan cara yang betul.
Menerapkan nilai tanggungjawab, kebersihan dan keselamatan semasa melaksanakan amali tatacara sembelihan.