1 JUN 2024 (SABTU)
2 PELAJAR TEK ELEKTRONIK (KVTAA) MENYERTAI WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024
WORLDSKILLS BIDANG ELEKTRONIK-PRA KELAYAKAN
Pada 1 Jun 2024 bertempat di CIAST Shah Alam telah berlangsung Pertandingan Pra Kelayakan WSMB Bidang Elektronik. 2 orang wakil program Teknologi Elektronik KVTAA iaitu Muhammad Wafiq Naufal bin Zulhairi dan Shamil Aiman Tan bin Alif Ridzuan Tan bersaing bersama 50 orang peserta dari pelbagai institusi kemahiran awam dan swasta. Mereka dibimbing oleh En. Muhamad Kamal Hafiz. Dalam sidang kelayakan itu peserta perlu menghabiskan 3 Task dalam masa 3 jam. Hanya 8 orang akan mara ke peringkat akhir. Semoga usaha pelajar dan jurulatih dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. BETTER SKILLS FOR BETTER FUTURE!!