26 September 2025
Aktiviti Kolej
Majlis Graduasi SVM 2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan SVM Kohort 2023 Kolej Vokasional Balik Pulau di atas penganugerahan dalam Majlis Graduasi SVM 2025.
Pihak kolej amat berbangga dengan pencapaian para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan penuh dedikasi dan ketabahan. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang dalam kerjaya serta kehidupan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara. Kolej Vokasional Balik Pulau mendoakan agar semua graduan terus melakar kejayaan, membawa nama baik kolej, serta menjadi insan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia.