PROGRAM PERKONGSIAN KEMAHIRAN DAN JALINAN ILMU PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN KVTAA DI POLITEKNIK ATMI DAN SOLO TECHNOPARK, KOTA SURAKARTA INDONESIA
Perincian Program
Program Perkongsian Kemahiran dan Jalinan Ilmu telah dirancang oleh Program Teknologi Kimpalan KVTAA, Bentong, Pahang ke Politeknik ATMI dan Solo Technopark di Kota Surakarta, Indonesia sebagai salah satu program pengantarabangsaan KVTAA dalam bidang TVET. Program lawatan ke industri di kota tersebut turut dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran agar dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang tersebut.
Lawatan ini juga merupakan landasan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar berkaitan dengan perkembangan terkini dan disiplin ilmu yang dilaksanakan di Politeknik ATMI dan Solo Technopark, Kota Surakarta terutamanya di Kluster Manufaktur – sektor pengelasan (general dan underwater).
Melalui lawatan ini juga, diharapkan pensyarah dan pelajar dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan prestasi serta kualiti pengajaran dan pembelajaran di kolej. Disamping menimba ilmu, perhubungan sosial dan intelektual antara dua negara Malaysia dan Indonesia juga dapat dipupuk dan dikekalkan keharmoniannya. Sehubungan dengan itu, program ini diharap dapat mewujudkan satu budaya pemikiran kreatif hasil perkongsian maklumat dan teknologi dengan premis yang dilawati dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar kolej yang mampu bersaing di peringkat global.