8.30 pagi – 1.00 petang
Bilik Kuliah Diploma, Bengkel Automotif
Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) bagi pelajar Semester 4 Diploma Teknologi Automotif telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu komponen penilaian akhir sebelum pelajar menjalani On-the-Job Training (OJT). Pembentangan ini berperanan sebagai medium untuk menilai tahap kompetensi pelajar dari aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran teknikal serta keupayaan mengaplikasikan pembelajaran ke dalam pembangunan projek. Selain itu, pelajar turut dinilai dari sudut kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kebolehan memberikan justifikasi teknikal terhadap hasil kerja yang dibangunkan.
Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada barisan panel penilai yang telah menyumbang kepakaran serta komitmen dalam menjayakan sesi ini:
Ts. Muhd Azmir bin Abdullah
Pensyarah Kanan Automotif, Kolej Komuniti Pekan
En. Muhammad Ikhwan bin Mansor
Chief Supervisor, Fendy Auto
Diharapkan segala pandangan, teguran profesional dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan dapat membantu mempertingkat tahap kesiapsiagaan serta keyakinan pelajar sebelum melangkah ke persekitaran industri sebenar.