"Build A Brighter Future With KVoC"

PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 2 (PTA 2) PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN, 4 MAC 2026

Pada 04 Mac 2026 (Rabu) telah berlangsung sesi Pembentangan Final Year Project 2 (FYP 2) yang melibatkan pelajar tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Program Teknologi Pembinaan di Makmal Komputer Kolej Vokasional Kuantan.

Sesi ini merupakan platform bagi pelajar tahun akhir membentangkan hasil Projek Tahun Akhir (PTA) yang menekankan elemen inovasi dalam teknologi pembinaan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) seperti penggunaan bahan binaan yang lebih lestari, kecekapan sumber dan idea pembinaan yang mesra alam.

Pembentangan ini turut dinilai oleh panel jemputan, Dr. Nur Fahriza Mohd Ali, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sebagai satu pencapaian yang membanggakan, 2 daripada 6 kumpulan pelajar tahun akhir Program Teknologi Pembinaan telah berjaya meraih Anugerah Perak dalam pertandingan PIPTA 1.0, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar dalam menghasilkan projek yang inovatif dan berimpak.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tahun akhir Program Teknologi Pembinaan atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam menyiapkan serta membentangkan projek akhir masing-masing. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka dalam melangkah ke alam industri pembinaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada panel penilai jemputan Program Diploma Teknologi Pembinaan,

Dr Nur Fahriza Binti Mohd Ali

Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, UMPSA

Semoga segala pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keyakinan pelajar sebelum melangkah ke alam industri sebenar.