"We Create Our Future"

HARI SUKAN KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2025

Sukan Kolej, 30 Oktober 2025

HARI SUKAN KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2025

Sambutan Hari Sukan Kolej Vokasional Taiping berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni, memperlihatkan semangat kesukanan dan perpaduan warga kolej.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dato’ Zulhafizi Bin Zulkipli @ Hafizul, Pengarah Urusan AZ Shield Sdn. Bhd. Terima kasih atas kesudian merasmikan acara tahunan yang dinanti-nantikan ini.

Acara dimulakan dengan lintas hormat perbarisan rumah sukan, diikuti dengan pelbagai pertandingan menarik termasuk acara balapan dan tarik tali yang mencuri tumpuan para penonton.

KEMPEN ANTI-BULI & PENYERAHAN KAD KUASA MAJLIS DISIPLIN PELAJAR

Ceramah , 13 Oktober 2025

Kempen Anti-Buli yang disampaikan oleh ASP Mohd Jamil Zaifani Bin Jaamin. Ceramah beliau memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kesan buruk perbuatan buli serta kepentingan untuk melaporkan sebarang kejadian kepada pihak yang berwajib. Beliau turut menekankan pentingnya budaya hormat-menghormati dalam kalangan pelajar demi mewujudkan persekitaran Kolej yang selamat dan positif.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Penyerahan Kad Kuasa kepada ahli Majlis Disiplin Pelajar , sebagai simbol kepercayaan dan tanggungjawab kepada pelajar yang dipilih untuk membantu menguatkuasakan peraturan Kolej dan menjadi contoh kepada rakan-rakan.

TAHNIAH PASUKAN KV TAIPING

Pencapaian, 11 Oktober 2025

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Vokasional Taiping atas kejayaan hebat meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Junior Innovathon Episod 1 dengan markah 87.30!

Walaupun tidak bergelar juara, pencapaian ini membuktikan semangat inovasi, kreativiti dan kerja berpasukan pelajar KV Taiping berada di kelas tersendiri.

Teruskan melangkah dengan semangat juang yang tinggi perjalanan inovasi ini baru sahaja bermula!

#kvtaiping

#KVDIHATI

#TVET