"EXPLORE THE SKILLS IN YOU"

PERTANDINGAN AKTIVITI DEKAD BAHASA KOLEJ VOKASIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN, 04-06 JULAI 2025

PERTANDINGAN AKTIVITI DEKAD BAHASA KOLEJ VOKASIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN pada 4-6 JULAI 2025
bertempat di : SHAFTBURY PUTRAJAYA

 

Pelajar KVLC, AHMAD HAZIQ ILHAMI BIN MASRI dari kelas T1 SVM BPP telah mewakili ZON PERAK ke peringkat kebangsaan telah berjaya memenangi NAIB JOHAN
dalam pertandingan Deklamasi Sajak .
Tahniah diucapkan kepada AHMAD HAZIQ ILHAMI BIN MASRI dan guru Pembimbingnya, PN NORAZLINA BINTI ISA.

Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2025, 18 - 22 Jun 2025

Syabas diucapkan kepada Muhammad Aiman Bin Firdaus Wong dari kelas T2 SVM MTA yang telah mewakili KV LEBUH CATOR dalam bidang Automobile Technology!

Lokasi: CIAST, Shah Alam

Tarikh: 18 - 22 Jun 2025

Satu pengalaman yang penuh nilai dan inspirasi. Semoga terus melangkah jauh dalam dunia kemahiran!

Ikhlas daripada seluruh warga KV Lebuh Cator

 

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN VIDEO AI DALAM PdPc, 24 Jun 2025

Tahniah kepada para pemenang dalam pertandingan video AI dalam PdPc.


JOHAN

Program Pengurusan Perniagaan

"PdPc AI Magic Slide - Topik Peranti dan Perkakasan Komputer"

 

Pn Nurul Qistin Binti Mustafa

Pn Syahiratul Khaleeda Binti Badrul Hisham

 

NAIB JOHAN

Program Teknologi Elektronik

"PdPc AI ChatGPT + Tinkercad + Arduino Coding"

En Zairul Azlan Bin Mohammad Zini

Hasnul Harith Bin Burhanuddin

Megat Muhammad Kusyaidi Bin Megat Ridhuan

 

TEMPAT KETIGA

Unit Bahasa Inggeris

"PdPc AI NotebookLM for Learning Green Technology"

Pn Nur Mazmah Rahimi Binti Ahmad Mazaki

En Zulkifli Bin Abdul Majid

En Muhamad Ikhwan Mirza Bin Ahmad Jamil

 

Terima kasih atas kreativiti, inovasi & semangat dalam memacu PdPc abad ke-21!

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN CASIOMATH PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL ZON PERAK TAHUN 2025, 20 JUN 2025

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan CASIOMATHS Peringkat Kolej Vokasional Zon Perak 2025!   

Anda akan membawa cabaran seterusnya pada:  

Tarikh : 2 Julai 2025 (Rabu)  

Tempat : KV Teluk Intan 

Teruskan usaha, kekalkan momentum, dan buktikan kehebatan anda di pentas akhir!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Inovasi Teknologi Elektrik dan Elektronik atas kejayaan merangkul Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan 2025 bagi kategori Inventors Nextgen, yang telah berlangsung pada 6 Mei 2025 di Politeknik Metro Johor Bahru.

TAHNIAH PASUKAN INOVASI TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK, 18 JUN 2025

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Inovasi Teknologi Elektrik dan Elektronik atas kejayaan merangkul Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan 2025 bagi kategori Inventors Nextgen, yang telah berlangsung pada 6 Mei 2025 di Politeknik Metro Johor Bahru.

Kejayaan ini sememangnya membanggakan! Ia adalah hasil usaha gigih, semangat berpasukan dan kreativiti yang luar biasa daripada anda semua. Teruskan berkarya, teruskan mencipta – semoga lebih banyak kejayaan menanti di masa hadapan!

Warga Kolej Vokasional Lebuh Cator merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tuan Pengarah KV Lebuh Cator, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Yusaini bin Mohd Yusop atas penerimaan Watikah Pelantikan sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam)

TAHNIAH TUAN PENGARAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI LEFTENAN KOLONEL BERSEKUTU (PA), 29 MEI 2025

Sekalung Tahniah & Penghargaan

Warga Kolej Vokasional Lebuh Cator merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
YBhg. Tuan Pengarah KV Lebuh Cator, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Yusaini bin Mohd Yusop
atas penerimaan Watikah Pelantikan sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu (Pertahanan Awam).

Pelantikan ini telah disempurnakan dalam Majlis Peluncuran Briged APM TVET KPM yang berlangsung pada 29 Mei 2025, bertempat di Dewan Al-Jazari, KV Sepang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Azman bin Haji Adnan.

Semoga pelantikan ini menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi dalam terus menerajui kecemerlangan KV Lebuh Cator sebagai institusi TVET yang unggul — berwibawa, berdisiplin dan berintegriti — dalam melahirkan generasi berkemahiran tinggi untuk negara.

BIZFIESTA @ KVLC 2025 | SEMPENA SAMBUTAN HARI TVET NEGARA, 23 - 26 JUN 2025

Jom memeriahkan Minggu BizFiesta@KVLC2025 anjuran Pelajar Pengurusan Perniagaan sempena Sambutan Hari TVET Negara Peringkat Kolej Vokasional!

 

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

  • Pertandingan Pitch & Rise
  • Pertandingan TikTok #BizChallenge
  • EXPLORACE Bizness
  • Jualan & Gerai Kopi
  • Senamrobik, Ceramah Agama, BIZNEMA & banyak lagi!
  • Dengan kerjasama MPP KVLC, PIBG KVLC, Coffee Copy Station, Kelab Teknologi Pemesinan Industri KVLC & Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

Semua dijemput hadir memeriahkan sambutan ini!

Mari kita semarakkan semangat TVET dan keusahawanan

 

e-Link Pendaftaran Aktiviti

https://shorturl.at/YFsYT

#BizFiesta2025

#HariTVETNegara

#TVETMalaysia

#JabatanPerniagaanKVLC

#KVLCGemilang

Jom follow & check update terkini di IG ! 

@BIZFIESTA_2025

https://www.instagram.com/bizfiesta_2025...

Kempen #KamiPrihatin menerusi Sumbangan Pakaian: Beli Dengan Senyuman

Minggu BizFiesta @ KVLC 2025, 16 - 20 JUN 2025

Sempena Minggu BizFiesta @ KVLC 2025, marilah kita sama-sama menyokong Inisiatif Kempen #KamiPrihatin menerusi Sumbangan Pakaian: Beli Dengan Senyuman

 

Tarikh Pengumpulan 

16 Jun 2025 - 20 Jun 2025

Tempat Pengumpulan : Bilik Simulasi BPP

Konsepnya mudah tapi bermakna pakaian yang dikumpul akan dipamerkan di gerai khas, dan siapa sahaja boleh mengambilnya dengan satu syarat: senyum dulu!

 

Tak kira baju, tudung, seluar atau kasut, semua boleh dikongsi demi menceriakan hari seseorang.

Tudung pun boleh derma tauu!

Seluar & kasut pun bolehh!

Ayuh warga KVLC, kongsi rezeki, cipta senyuman dan semarakkan semangat prihatin sepanjang Minggu BizFiesta!

 

Jom follow & check update terkini di IG ! 

 

@BIZFIESTA_2025

#kvlebuhcator #bpltv #KVLC #KVLCdihati #kv_lebuhcator #mppkvlc

Semoga berjaya buat semua calon Kohort ST2023 dalam menghadapi peperiksaan akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Selamat Datang kepada barisan Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) ke Kolej Vokasional Lebuh Cator.

PEPERIKSAAN AKHIR SKM, 17 - 19 Jun 2025