"THINK BEYOND SKILLS"

DOODLE KRETIF MIDEA, 15/7/2026

Pertandingan Doodle Kreatif Media anjuran Kelab Media Kolej Vokasional Klang telah berjaya dilaksanakan bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam penghasilan karya seni doodle. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mengekspresikan idea dan inspirasi melalui lakaran kreatif, di samping memupuk minat terhadap bidang seni visual dan media digital. Diharapkan pertandingan ini dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan TVET.

Majlis Anugerah Akademik Sijil Vokasional Malaysia, 23/7/2026

Majlis Anugerah Akademik Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 2026 merupakan satu majlis penghargaan yang dianjurkan bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional Klang bagi Semester 1 & 2 (Kohort 2025) serta Semester 3 & 4 (Kohort 2024).

Penganjuran majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, sekali gus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan TVET. Majlis ini juga merupakan tanda penghargaan kepada ibu bapa, pensyarah dan warga kolej yang sentiasa memberikan sokongan dalam membentuk pelajar yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini diharapkan dapat membudayakan kecemerlangan, meningkatkan motivasi pelajar serta memperkukuhkan imej pendidikan vokasional sebagai laluan pendidikan yang melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompeten dan memenuhi keperluan industri negara. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) merupakan kelayakan yang menjadi asas kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Kolej Vokasional atau memasuki alam pekerjaan sebagai tenaga mahir.

Semoga Majlis Anugerah Akademik Sijil Vokasional Malaysia 2026 menjadi simbol penghargaan terhadap usaha dan pencapaian para pelajar serta menyemarakkan lagi budaya kecemerlangan akademik di Kolej Vokasional Klang.

Pengurusan KV Klang bersama Kelab Pensyarah dan Staf (KPS 2026) akan menganjurkan program Durian Fiesta 2026 dengan tema "Nikmati Keenakan, Eratkan Silaturahim".

Durian Fiesta 2026, 3/7/2026

  • Jamuan Durian: Para hadirin dapat meluangkan masa bersama-sama sambil menikmati hidangan durian yang segar dan berkualiti tinggi dalam suasana yang harmoni serta penuh kemeriahan.
  • Pertandingan Menarik: Bagi memeriahkan lagi suasana, Pertandingan Teka Berat Durian turut diadakan, dan pihak penganjur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk para pemenang.
  • Objektif: Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim, dan membina komuniti yang harmoni serta sejahtera dalam kalangan warga kolej.