"Build A Brighter Future With KVoC"

PERTANDINGAN INOVASI PROJEK TAHUN AKHIR KOLEJ VOKASIONAL ZON PAHANG (PIPTA) 2026, 12 FEBRUARI 2026

Pada 12 Februari 2026 (Khamis), Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Kuantan telah meraih 2 Anugerah Perak di Pertandingan Inovasi Projek Tahun Akhir Kolej Vokasional Zon Pahang (PIPTA) 2026 bertempat di Kolej Vokasional Muadzam Shah. Dua projek inovasi telah dipertandingkan, iaitu EgSheC Bricks dan Sistem IoT dalam rumah kediaman yang bertujuan meningkatkan keselesaan dan keselamatan. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kecemerlangan pelajar dalam bidang teknologi pembinaan, tetapi juga menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam menghasilkan penyelesaian inovatif yang relevan dengan perkembangan semasa.

Kejayaan dalam Pertandingan Inovasi Projek Tahun Akhir Kolej Vokasional Zon Pahang (PIPTA) 2026 ini turut mencerminkan Kejayaan dalam Pertandingan Inovasi PIPTA 2026 menonjolkan kecemerlangan pelajar Kolej Vokasional dalam TVET, dengan menghasilkan projek inovatif yang memberi impak positif kepada masyarakat dan industri.

Projek-projek ini juga mengutamakan teknologi hijau, menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan untuk masa depan yang lebih hijau.

PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 2 (PTA 2) PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN, 4 MAC 2026

Pada 04 Mac 2026 (Rabu) telah berlangsung sesi Pembentangan Final Year Project 2 (FYP 2) yang melibatkan pelajar tahun akhir Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Program Teknologi Pembinaan di Makmal Komputer Kolej Vokasional Kuantan.

Sesi ini merupakan platform bagi pelajar tahun akhir membentangkan hasil Projek Tahun Akhir (PTA) yang menekankan elemen inovasi dalam teknologi pembinaan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) seperti penggunaan bahan binaan yang lebih lestari, kecekapan sumber dan idea pembinaan yang mesra alam.

Pembentangan ini turut dinilai oleh panel jemputan, Dr. Nur Fahriza Mohd Ali, Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sebagai satu pencapaian yang membanggakan, 2 daripada 6 kumpulan pelajar tahun akhir Program Teknologi Pembinaan telah berjaya meraih Anugerah Perak dalam pertandingan PIPTA 1.0, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar dalam menghasilkan projek yang inovatif dan berimpak.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tahun akhir Program Teknologi Pembinaan atas usaha, komitmen dan dedikasi dalam menyiapkan serta membentangkan projek akhir masing-masing. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka dalam melangkah ke alam industri pembinaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada panel penilai jemputan Program Diploma Teknologi Pembinaan,

Dr Nur Fahriza Binti Mohd Ali

Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, UMPSA

Semoga segala pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keyakinan pelajar sebelum melangkah ke alam industri sebenar.

PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) Program Diploma Perakaunan

PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) Program Diploma Perakaunan, 23 Februari 2026 (Isnin)

9.00 pagi – 1.00 petang

Makmal Komputer Perakaunan 1


Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) bagi pelajar Semester 4 Diploma Perakaunan telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu komponen penilaian akhir sebelum pelajar menjalani On-the-Job Training (OJT). Pembentangan ini berperanan sebagai medium untuk menilai tahap kompetensi pelajar dari aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran teknikal serta keupayaan mengaplikasikan pembelajaran ke dalam pembangunan projek. Selain itu, pelajar turut dinilai dari sudut kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kebolehan memberikan justifikasi teknikal terhadap hasil kerja yang dibangunkan.

 

Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada barisan panel penilai yang telah menyumbang kepakaran serta komitmen dalam menjayakan sesi ini:

En. Ahmad Rizal Bin Hj. Ismail

(Reez Management & Consultant Sdn Bhd)

 

Diharapkan segala pandangan, teguran profesional dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan dapat membantu mempertingkat tahap kesiapsiagaan serta keyakinan pelajar sebelum melangkah ke persekitaran industri sebenar.

PROGRAM JEJAK TVET

PROGRAM JEJAK TVET, 13 Februari 2026 (Jumaat)

MASA : 9 am-10am

LOKASI: Dewan Inovasi

PENCERAMAH: Semua Guru Pelatih

PENGLIBATAN : Tahun 1 SVM Semester 1 2026

 

Berkongsi pengalaman dan panduan berkaitan laluan pendidikan TVET selepas tamat pengajian, termasuk peluang menyambung pengajian di peringkat SVM, Diploma dan seterusnya Ijazah. Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan awal serta motivasi kepada pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka.

Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) bagi pelajar Semester 4 Diploma Teknologi Automotif

PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA) Program Teknologi Automotif πŸš—, 12 Februari 2026 (Khamis)

8.30 pagi – 1.00 petang

 

Bilik Kuliah Diploma, Bengkel Automotif

Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir (PTA) bagi pelajar Semester 4 Diploma Teknologi Automotif telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu komponen penilaian akhir sebelum pelajar menjalani On-the-Job Training (OJT). Pembentangan ini berperanan sebagai medium untuk menilai tahap kompetensi pelajar dari aspek penguasaan pengetahuan, kemahiran teknikal serta keupayaan mengaplikasikan pembelajaran ke dalam pembangunan projek. Selain itu, pelajar turut dinilai dari sudut kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kebolehan memberikan justifikasi teknikal terhadap hasil kerja yang dibangunkan.

 

Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada barisan panel penilai yang telah menyumbang kepakaran serta komitmen dalam menjayakan sesi ini:

Ts. Muhd Azmir bin Abdullah

Pensyarah Kanan Automotif, Kolej Komuniti Pekan

 

En. Muhammad Ikhwan bin Mansor

Chief Supervisor, Fendy Auto

 

Diharapkan segala pandangan, teguran profesional dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan dapat membantu mempertingkat tahap kesiapsiagaan serta keyakinan pelajar sebelum melangkah ke persekitaran industri sebenar.

Program Ziarah Cakna Pelajar - Muhammad Aniq Najmi bin Mohd Ayub

Program Ziarah Cakna Pelajar, 10 Februari 2026 (Selasa)

Program Ziarah Cakna Pelajar - Muhammad Aniq Najmi bin Mohd Ayub(1MPI) yg patah lengan @ operation masuk besi dan skru di Felda Jengka 3, Maran , Pahang. Jutaan terima kasih ats sgl sumbangan sedekah jariah dari semua warga KVK. Moga sgl amalan kita dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Program Lawatan ke Muzium Sungai Lembing., 10 Februari 2026 (Selasa)

Objektif : Memenuhi Tugasan Pentaksiran Berterusan subjek A01 403 ( Bahasa Melayu  SVM Sem. 4)
Tarikh : 10/2/2026
Sasaran : Pelajar Cemerlang Subjek BM Sem.3.
Anjuran : Unit Bahasa Melayu

Kejohanan Piala Pengarah KV Juasseh, 08 Februari 2026 (Sabtu)

Tarikh: 6-8/2/2026
Pencapaian Suku Akhir bagi kategori Lelaki
Perempuan Peringkat Kumpulan bagi kategori perempuan

Kursus Asas dan Bengkel Proses Teknik Buku untuk Pengawas Pusat Sumber KV Kuantan Sesi 2025/2026

Kursus Asas dan Bengkel Proses Teknik Buku, 11 Februari 2026 (Rabu)

Kursus Asas Dan Bengkel Proses Teknik Buku untuk Pengawas Pusat Sumber Tahun 1 dan 2 SVM

Minggu Serasi Pelajar Baharu Tahun 1SVM 2026, 16 Januari 2026 (Jumaat)

Usai Majlis Penutup MInggu Serasi Pelajar Baharu Tahun 1SVM 2026

PERTANDINGAN KV SKILL BOOK KEEPING ZON PAHANG 2025

PERTANDINGAN KV SKILL BOOK KEEPING ZON PAHANG 2025, 22 Julai 2025

PERTANDINGAN KV SKILL BOOK KEEPING ZON PAHANG 2025 BERLANGSUNG PADA 22 JULAI 2025. PERTANDINGAN INI DIJALANKAN BAGI MEMILIH SEORANG WAKIL KE PERTANDINGAN KV SKIL BOOK KEEPING KEBANGSAAN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA BULAN SEPTEMBER DI KOLEJ VOKASIONAL JUASEH.

Hari TVET Negara 2025

TVET Got Talent – Hari TVET Negara 2025, 13 JUN 2025

TVET Got Talent – Hari TVET Negara 2025
πŸ“… Tarikh: 13 Jun 2025
πŸ“ Tempat: MITC Ayer Keroh, Melaka
✨ Anjuran: Kementerian Pendidikan Tinggi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Tari Seri Pelindung yang berjaya menduduki tempat kelima dalam Kategori Berkumpulan di pertandingan TVET Got Talent sempena Hari TVET Negara 2025. Pasukan ini turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 dalam sesi penyampaian hadiah.

Kejayaan ini membuktikan bakat dan usaha gigih pelajar Kolej Vokasional Kuantan dalam bidang seni tari, selain mengharumkan nama kolej di peringkat kebangsaan. Teruskan kecemerlangan dan semangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan!

#buildbrighterfuturewithkvoc #kvkuantan #tvetgottalent

Ceramah β€˜OSH in School’

Ceramah β€˜OSH in School’ oleh JKKP Pahang, 17 JUN 2025

Ceramah β€˜OSH in School’ oleh JKKP Pahang
πŸ“… Tarikh: 17 Jun 2026 (Selasa)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Inovasi, Kolej Vokasional Kuantan
πŸ‘₯ Penglibatan: Pelajar Semester 3 (Diploma Vokasional Malaysia – DVM)

Ceramah ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health, OSH) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dan latihan industri. Disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, ceramah ini menekankan kepatuhan kepada peraturan keselamatan, amalan kerja selamat, dan langkah pencegahan risiko kemalangan. Program ini diharapkan dapat memupuk kesedaran awal mengenai budaya kerja selamat dalam kalangan pelajar, selaras dengan keperluan industri dan standard keselamatan semasa.

Bengkel Penggunaan AI Sebagai Bahan Pengajaran dalam PdP

Bengkel Penggunaan AI Sebagai Bahan Pengajaran dalam PdP, 20 JUN 2025

Bengkel Penggunaan AI Sebagai Bahan Pengajaran dalam PdP
πŸ“… Tarikh: 20 Jun 2025
πŸ“ Tempat: Bilik APD, Kolej Vokasional Kuantan
✨ Anjuran: Unit Pendidikan Moral dan Bahasa Mandarin

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang interaktif, kreatif dan berkesan. Peserta bengkel didedahkan kepada pelbagai aplikasi AI yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan PdP seperti video, infografik, kuiz, serta modul pembelajaran digital. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kemahiran guru dalam memanfaatkan AI bagi menarik minat pelajar dan memperkukuh keberkesanan PdP selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan semasa.

#buildbrighterfuturewithkvoc #kvkuantan #AIinEducation

Penilaian Akhir (ST) Single Tier Persijilan Kemahiran Malaysia

Penilaian Akhir (ST) Single Tier Persijilan Kemahiran Malaysia Ambilan 2023, 17 – 19 Jun 2025

Penilaian Akhir (ST) Single Tier Persijilan Kemahiran Malaysia Ambilan 2023
πŸ“… Tarikh: 17 – 19 Jun 2025
πŸ“ Tempat: Kolej Vokasional Kuantan

Penilaian Akhir Single Tier (ST) bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Ambilan 2023 ini dilaksanakan untuk menilai tahap kompetensi pelajar dalam bidang kemahiran masing-masing mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Penilaian ini melibatkan pemeriksaan teori dan amali yang dikendalikan oleh penilai bertauliah bagi memastikan pelajar memenuhi kriteria Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) sebelum dianugerahkan sijil. Program ini juga bertujuan memastikan kualiti graduan Kolej Vokasional Kuantan seiring dengan kehendak industri semasa dan keperluan pasaran kerja.

Pencapaian: Johan Plate

Kejohanan Ragbi 15s MSSD Kuantan U18 2025, 15 JUN 2025

Kejohanan Ragbi 15s MSSD Kuantan U18 2025
πŸ“… Tarikh: 15 Jun 2025
πŸ† Pencapaian: Johan Plate

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Ragbi Kolej Vokasional Kuantan atas kejayaan menjuarai kategori Plate dalam Kejohanan Ragbi 15 Sebelah MSSD Kuantan Bawah 18 Tahun 2025! Kejayaan ini membuktikan semangat juang, kerjasama pasukan, dan dedikasi warga KV Kuantan dalam bidang kokurikulum.

Teruskan usaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan!

#buildabrighterfuturewithkvoc #kvkuantan #ragbi

Topik: Penggunaan Osiloskop

Kursus Dalaman Program Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (PLC), 25 Jun 2025

Kursus Dalaman Program Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (PLC)
Topik: Penggunaan Osiloskop
πŸ“… Tarikh: 25 Jun 2025 (Rabu)
πŸ•£ Masa: 8.45 pagi
πŸ“ Tempat: Makmal Bengkel Teknologi Elektronik (sesi awal) & Bengkel Teknologi Automotif
πŸ‘¨β€πŸ« Fasilitator: En. Mazlan bin Baharudin

Kursus ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah serta tenaga pengajar dalam penggunaan osiloskop sebagai peralatan penting dalam bidang elektronik dan automotif. Peserta akan didedahkan kepada teori asas, teknik penggunaan, serta latihan praktikal bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam dalam menganalisis isyarat elektrik dan diagnostik litar. Program ini juga bertujuan menyokong pembangunan profesional berterusan warga pendidik sejajar dengan keperluan teknologi semasa.

Taklimat Outreach

Taklimat Outreach dan Pameran Kerjaya sempena Hari TVET Peringkat SMK Seri Panching, 26 Jun 2025

Taklimat Outreach dan Pameran Kerjaya sempena Hari TVET Peringkat SMK Seri Panching
πŸ“… Tarikh: 26 Jun 2025

Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Melalui taklimat outreach, para pelajar mendapat maklumat tentang laluan pengajian di kolej vokasional, politeknik, dan institusi TVET lain, selain penekanan kepada keperluan kemahiran dalam pasaran kerja masa kini. Pameran kerjaya pula menampilkan pelbagai agensi, kolej, dan syarikat industri yang berkongsi info tentang prospek pekerjaan dan program latihan yang ditawarkan. Program ini diharap dapat meningkatkan minat pelajar untuk memilih bidang TVET sebagai pilihan masa depan mereka.

Pertandingan Bicara Berirama Zon Pahang

Pertandingan Bicara Berirama Zon Pahang, 1 Julai 2025

Pertandingan Bicara Berirama Zon Pahang
πŸ“… Tarikh: 1 Julai 2025
πŸ† Pencapaian: Naib Johan

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Vokasional Kuantan atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Zon Pahang! Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum, seiring dengan aspirasi membina masa depan lebih gemilang.

#buildbrighterfuturewithkvoc #kvkuantan #bicaraBerirama

Program Lawatan Akademik & Industri

Lawatan Akademik & Industri Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Kuantan, 24–26 Jun 2025

Program Lawatan Akademik & Industri Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Kuantan
Tarikh: 24–26 Jun 2025
Tempat:

Galeri Komponen IBS, Kuala Lumpur

MyBIM Centre Malaysia, Kuala Lumpur

Tasblock, Rawang

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional Kuantan mengenai teknologi terkini dalam industri pembinaan, termasuk konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan aplikasi Building Information Modelling (BIM). Lawatan ke Galeri Komponen IBS dan MyBIM Centre bertujuan memperlihatkan penggunaan teknologi dalam merealisasikan projek pembinaan moden yang lebih cekap dan berkualiti. Sementara itu, kunjungan ke Tasblock, Rawang membolehkan peserta memahami pengeluaran blok dan komponen konkrit secara lebih dekat. Lawatan ke UTHM pula menyediakan peluang perkongsian ilmu bersama pensyarah serta pendedahan kepada suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan awam dan teknologi pembinaan. Keseluruhan program ini diharap dapat meningkatkan kompetensi pelajar selaras dengan kehendak industri semasa.

Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Centre for Quality Assurance

Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti ke Universiti Kuala Lumpur, UniKL ( Centre for Quality Assurance), 2 JULAI 2025

Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti ke Universiti Kuala Lumpur, UniKL ( Centre for Quality Assurance)

Tarikh: 2 Julai 2025

Lawatan Penanda Aras Bahagian Jaminan Kualiti ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Centre for Quality Assurance

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan jaminan kualiti akademik di peringkat universiti. Sepanjang lawatan ke Pusat Jaminan Kualiti UniKL, delegasi Bahagian Jaminan Kualiti berpeluang mempelajari proses, dasar, serta mekanisme kawalan kualiti yang dilaksanakan oleh UniKL dalam memastikan piawaian pendidikan sentiasa terpelihara dan selaras dengan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta standard antarabangsa. Lawatan ini juga menjadi platform untuk membina jaringan kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh sistem jaminan kualiti institusi masing-masing.

Anjuran Kelab Guru dan Staff 2025

Kejohanan Badminton Tertutup Kvoc 2025, 17 Mei 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kejohanan badminton tertutup kvoc 2025 bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang di semambu court badminton yang dianjurkan oleh KGS 24/25

"JIKA AKU BUKAN GURU"

SAMBUTAN HARI GURU , 16 MEI 2025

Majlis Sambutan Hari Guru
Tempat : Dewan Makan Asrama
Hari : Jumaat
Tema : "Jika Aku Bukan Guru"

Sumbangan kepada Ameer Darwisy

Program Masih Ada Yang Sayang, 19/05/2025

Sumbangan Program Masih Ada Yang Sayang warga KVK telah disampaikan kepada Ameer Darwisy bin Amir Rizal dari kursus 1 CEA. Beliau telah diberi ujian Allah di atas kebakaran rumahnya pada 30 April yang lalu. Kami semua warga KVK mendoakan agar beliau tabah atas ujian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga KVK atas sumbangan ikhlas yang  diberi. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memelihara kehidupan kita semua dengan penuh kasih sayang dan keberkatanNYA. Aamiinn…

Majlis Tautan Kasih dan Lawatan Penanda Aras ke Kv Kemaman

Program Tautan Kasih di Kv Kemaman, 13 Mei 2025

Allhamdullilah, selesai program ke kv kemaman. semoga kerjasama di antara dua kolej semakin akrab!

Bengkel MQA

BENGKEL PENJAMINAN KUALITI KEPERLUAN PEMATUHAN SYARAT AKREDITASI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) , 25 Februari 2025

BENGKEL PENJAMINAN KUALITI KEPERLUAN PEMATUHAN SYARAT AKREDITASI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) TAHUN 2025

Tarikh : 25 Februari 2025

Tempat : Kolej Vokasional Kuantan

Tahniah atas pengajuran program CSR!

Program Corporate Social Responsibility (CSR), 22 Februari 2025

Program Corporate Social Responsibility (CSR) anjuran Kelab Technologist Pembinaan di Masjid Tok Sira

Tarikh: 22 Februari 2025

Anugerah Perak di International Grand Invention, Innovation & Design Expo (IGIIDeation) 2025

Tahniah! Anugerah Perak, 27 Februari 2025

Tahniah kepada Encik Mohd Adib Bin Haron yang berjaya mendapatkan Anugerah Perak di International Grand Invention, Innovation & Design Expo (IGIIDeation) 2025 anjuran International Islamic University Malaysia (IIUM) pada 27 Februari 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada yang lain.

#BUILD A BRIGHTER FUTURE WITH KVoC

#ACeTVET

Tahniah diucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang telah berjaya meraih Anugerah Emas dalam 3rd International Innovation & Invention Competition 2025 #buildabrighterfuturewithkvoc #kvkuantan

Tahniah! Anugerah Emas, 1 april 2025

Tahniah diucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang telah berjaya meraih Anugerah Emas dalam 3rd International Innovation & Invention Competition 2025  #buildabrighterfuturewithkvoc #kvkuantan

Alhamdulillah.. Selesai Majlis Khatam dan ceramah al quran

Majlis Khatam & Ceramah Nuzul Al-Quran, 27 Mac 2025

Majlis Khatam & Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat Kolej Vokasional Kuantan pada 27 Mac 2025 #buildabrighterfuturewithkvoc #kvkuantan

Tahniah! MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR BAGI SESI 2025/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR BAGI SESI 2025/2026, 26 Mac 2025

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR BAGI SESI 2025/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih. Selamat menjalankan tugas dengan baik.

#buildabrighterfuturewithkvoc

#kvkuantan

Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 Tahun MSS Pahang 2025 Kuala Lipis

KV KUANTAN JOHON BOLA TAMPAR PEREMPUAN, 13 MAY 2025

Johan (Perempuan)

Jurulatih - Yusri Fakhruddin

 

Naib Johan (Lelaki)

1. Muhammad Dhia Hamzah - 2ETN

2. Nik Muhammad Hanif Zihnie - 2ETN

Ketua Jurulatih - Muhammad Raffli

Ziarah Cakna : Pensyarah dan Akp Kv Kuantan

Program Ziarah Cakna Kv Kuantan, 15 Jan 2025

 

πŸ’– Program Ziarah Cakna πŸ’–

Unit Kebajikan KV Kuantan (KVK) dengan penuh rasa prihatin telah menganjurkan dua program ziarah khas sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada warga KVK yang dikasihi:

1️⃣ Program Ziarah Cakna Mantan Pensyarah Elektrik, En. Rusli bin Mamat
✨ Sebuah kunjungan mesra bagi mengenang jasa beliau dalam mendidik dan membimbing pelajar sepanjang tempoh perkhidmatan di KVK.

2️⃣ Program Ziarah Cakna AKP, En. Izrul Akmal bin Bahari
✨ Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kesejahteraan beliau.

🌹 Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan nilai kasih sayang ini terus subur dalam komuniti KVK!

#ProgramZiarahCakna
#UnitKebajikanKVK
#PenghargaanDanPrihatin
#KVKuantan

Pertandingan Inovasi

Tahniah! Pencapaian Cemerlang Mendapat PERAK dan GANGSA*, 8 Januari 2025

Syabas dan sekalung tahniah kepada pensyarah bersama pelajar atas pencapaian cemerlang mendapat PERAK dan GANGSA*

*1. Pn. Normi binti A Rahman*

*2. Pn. Wan Nor Farhana binti Wan Mohd Fauzi*

dalam *Pertandingan Inovasi Mentorship Kinesis Zone 2024 The 1+1 International Innovation Competition*

*Peringkat: Antarabangsa*

Semoga menjadi inspirasi kepada warga KVoc...

*#BUILD A BRIGHTER FUTURE WITH KVoc*

*#ACeTVET*

Unit Psikologi dan Kerjaya KV Kuantan

πŸ’– Program Pensyarah Penyayang πŸ’–, 6 Januari 2025

6 Januari 2025
πŸ’– Program Pensyarah Penyayang πŸ’–

Unit Psikologi dan Kerjaya KV Kuantan dengan jayanya telah menganjurkan program yang bertujuan memupuk semangat kasih sayang dan keprihatinan antara pensyarah dan pelajar.

✨ Program ini bertujuan:
βœ… Meningkatkan hubungan positif antara pensyarah dan pelajar.
βœ… Menyemai nilai-nilai empati, sokongan moral, dan bimbingan dalam pendidikan.
βœ… Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan kondusif.

🌹 Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menjayakan program ini. Bersama kita terus menyokong perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan!

#PensyarahPenyayang
#UnitPsikologiDanKerjaya
#KolejVokasionalKuantan
#NilaiMadani
#GuruInspirasi

Lawatan Penanda Aras

Lawatan Penanda Aras Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (COPTPA) , 8 Januari 2025

8 Januari 2025
✨ Lawatan Penanda Aras Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (COPTPA) ✨

Delegasi dari KV Kuantan telah mengadakan lawatan penanda aras ke KV Chenor (P) bagi memperkukuh persediaan menghadapi pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (COPTPA).

Lawatan ini bertujuan:
βœ… Mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan COPTPA.
βœ… Membina kerjasama erat antara kedua-dua institusi.
βœ… Memastikan persediaan KV Kuantan memenuhi piawaian dan keperluan persijilan.

Terima kasih kepada pihak KV Chenor (P) atas perkongsian ilmu dan sambutan mesra. Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada warga KV Kuantan! πŸš€

#COPTPA
#LawatanPenandaAras
#KolejVokasional
#TVETCemerlang
#KerjasamaInstitusi

Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual

PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI, 13 Januari 2025

PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI
πŸ’‘ Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual

πŸ“… Tarikh: 13 Januari 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 - 9.15 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Inovasi, KV Kuantan

Program yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah JPNP ini bertujuan:
βœ… Meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli dan salah laku seksual.
βœ… Memberi pendedahan kepada pelajar tentang langkah pencegahan dan saluran laporan.
βœ… Memupuk nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

✨ Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Bersama kita bangunkan generasi yang lebih aman dan selamat! πŸ’ͺ

#GerakanKepimpinanMadani
#HentikanBuliDanSalahLakuSeksual
#KolejVokasionalKuantan
#JPNP
#NilaiMadani

Lawatan Sambil Belajar & Jalinan Mesra

Lawatan Penanda Aras daripada Kolej Vokasional Shah Alam, 14 Jan 2025

✨ Lawatan Sambil Belajar & Jalinan Mesra ✨

Program Pemesinan Industri dari KV Shah Alam telah berkunjung ke Kolej Vokasional Kuantan bagi menjalin hubungan erat antara institusi serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pemesinan.

πŸ’‘ Aktiviti ini membuka peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar untuk:
βœ… Bertukar ilmu dan idea inovasi.
βœ… Melihat teknologi terkini dalam pemesinan.
βœ… Memperkukuh silaturahim antara kolej.

Terima kasih atas layanan mesra dari KV Kuantan. Semoga kerjasama seperti ini terus memacu kecemerlangan TVET! πŸš€

#LawatanSambilBelajar
#PemesinanIndustri
#KolejVokasional
#InovasiTVET
#JalinanMesra

Inovasi 1st International Innovation and Action Research 2024 (IIAR24)

Tahniah! pencapaian cemerlang mendapat GANGSA, 15 Jan 2025

Tahniah!

Sekalung tahniah kepada pensyarah bersama pelajar atas pencapaian cemerlang mendapat GANGSA

1. EN. AHMAD FARIS AZHARI

2. Ts. NOR AZIZAH BINTI ZAKARIA

3. EN. MOHD ALIZAN ABDULLAH@AB

ABDULLAH

dalam 1st International Innovation and Action Research 2024 (IIAR24)

Peringkat: Antarabangsa

INOVASI: SMART KNOWLEDGE WELDING

SYSTEM

Semoga menjadi inspirasi kepada warga KVoc...

#BUILD A BRIGHTER FUTURE WITH KVoC

#ACeTVET

Mesyuarat Awal Tahun Peringkat Kolej Vokasional Tahun 2025

Mesyuarat Awal Tahun 2025, 3 Januari 2025

πŸ“£ MAKLUMAN MESYUARAT AWAL TAHUN 2025

Alhamdulillah, Mesyuarat Awal Tahun Peringkat Kolej Vokasional telah berjaya dilaksanakan pada:
πŸ“† Tarikh: 3 Januari 2025
πŸ•°οΈ Masa: 8.30 pagi
🏒 Tempat: Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Kuantan

Mesyuarat ini melibatkan penyertaan semua pensyarah Kolej Vokasional, dengan fokus kepada perancangan strategik dan penyelarasan aktiviti untuk tahun 2025. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen padu demi memastikan kelancaran perjalanan akademik serta pembangunan pelajar kolej kita.

πŸ’ͺ Bersama kita melangkah maju demi kecemerlangan!

#KolejVokasionalKuantan
#MesyuaratAwalTahun2025
#KomitmenUntukCemerlang

PROGRAM MAHABBAH PIBG KV KUANTAN 2024

PROGRAM MAHABBAH PIBG KV KUANTAN 2024, 5/12/2024

5/12/2024-Program Mahabbah PIBG KV Kuantan 2024

MAJLIS PELUNCURAN KIT DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MAJLIS PELUNCURAN KIT DUTA SAHSIAH, 6 DISEMBER 2024

6 DISEMBER 2024 - MAJLIS PELUNCURAN KIT DUTA SAHSIAH

PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH

PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

TAHUN 2024

Perkongsian Ilmu bersama KV Kuantan & KV Sg. Buloh (Program Teknologi Elektrik)

Lawatan Perkongsian Ilmu bersama KV Kuantan & KV Sg. Buloh, 27 OGOS 2024

Lawatan Perkongsian Ilmu bersama KV Kuantan & KV Sg. Buloh (Program Teknologi Elektrik)

Tarikh ; 27.8.2024 (Selasa)

Tempat ; Bengkel Teknologi Elektrik

Penglibatan tetamu ;

- 5 orang pensyarah KV Kuantan

- 18 orang pelajar KV Kuantan

Aktiviti ;

1. Pameran PTA pelajar 2DVM ETE

2. Penggunaan aplikasi Simurelay pelajar 1DVM ETE

3. Melihat kid pembelajaran KNX

4. Lawatan sekitar Bengkel ETE

auditors EKSA

Audit Dalaman Eksa Kali Ke-2, 29 OGOS 2024

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Jutaan terima kasih kpd auditors EKSA & semua pihak yg memberikan kerjasama yg baik sepanjang berlangsungnya AUDIT DALAMAN EKSA kali ke-2 sesi 2024.

Markah terbaik kategori bengkel adalah spt berikut:

1. ELEKTRIK = 93

 

2. ELEKTRONIK = 89

 

3. KIMPALAN = 80

 

Markah yg diberikan oleh auditor adalah berdasarkan kriteria2 yg telah ditetapkan secara jujur, amanah & adil.

Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Elektrik KV Kuantan

awatan Penanda Aras Program Teknologi Elektrik KV Kuantan di TNB Integrated Learning, 28/08/2024

Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Elektrik KV Kuantan di TNB Integrated Learning Solution - ILSAS
Tarikh : 28.8.2024 (Rabu) Tempat : TNB Integrated Learning Solution - ILSAS
Penglibatan :
6 orang pensyarah Program Teknologi Elektrik
18 orang pelajar DEA Sem 3
Aktiviti :
Sesi lawatan ke
Β· Transmission Tower (WAH)
Β· Bengkel Pencawang
Β· Bengkel 11 kV
Β· IREC

Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 Tahun MSSD Kuantan

Naib Johan Bola Tampar, 5 Ogos 2024

Setinggi- tinggi tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki dan jurulatih di Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 Tahun MSSD Kuantan kerana telah berjaya mendapat Naib Johan.

Syabas & tahniah

NOU dan lantikan TAC bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

NOU dan Tac, 8 OGOS 2024

Sesi menandatangani NOU dan lantikan TAC bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 8/8/2024 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

KEJOHANAN RAGBI SUKOV

Tahniah Naib Johan Cup, 14 Ogos 2024

Tahniah kepada pasukan ragbi KV Kuantan kerana sekali lagi mampu mempertahankan naib johan cup bagi kejohanan ragbi SuKoV 2024

Program Outreach :peluang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional

Program Outreach di SMK Cengal Lepong , 14 Ogos 2024

14 Ogos 2024 - Program Outreach di SMK Cengal Lepong untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional. Kolej Vokasional ini

merupakan institusi yang menawarkan kursus-kursus kemahiran dan salah satu saluran bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus kepada murid-murid lepasan tingkatan 3.

Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pembelajaran di Kolej Vokasional.

 


 

, 14 Ogos 2024

14 Ogos 2024 - Program Outreach di SMK Cengal Lepong untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional. Kolej Vokasional ini

merupakan institusi yang menawarkan kursus-kursus kemahiran dan salah satu saluran bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus kepada murid-murid lepasan tingkatan 3.

Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pembelajaran di Kolej Vokasional.

 

 

Program Outreach : Peluang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional

Program Outreach di SMK Cenderawasih, 14 Ogos 2024

14 Ogos 2024 - Program Outreach di SMK Cenderawasih. untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional. Kolej Vokasional ini

merupakan institusi yang menawarkan kursus-kursus kemahiran dan salah satu saluran bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus kepada murid-murid lepasan tingkatan 3.

Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pembelajaran di Kolej Vokasional.

Kursus jangka pendek ini berkaitan software dan mesin

Perkongsian kepakaran latihan awal dan familirization CNC Miling, 14 Ogos 2024

Pensyarah Teknologi Pemesinan Industri KV Kuantan telah mengadakan Perkongsian kepakaran latihan awal dan familirization CNC Miling kepada peserta & jurulatih KVSAS Rompin,

Kursus jangka pendek ini berkaitan software dan mesin yang akan digunakan semasa

KVSKILL peringkat Zon Pahang.

Tarikh : 14 Ogos 2024

Hari. : Rabu

Masa Pensyarah Teknologi Pemesinan Industri KV Kuantan telah mengadakan Perkongsian kepakaran latihan awal dan familirization CNC Miling kepada peserta & jurulatih KVSAS Rompin,

Kursus jangka pendek ini berkaitan software dan mesin yang akan digunakan semasa

KVSKILL peringkat Zon Pahang.

Tarikh : 14 Ogos 2024

Hari. : Rabu

Masa : 8am hgga 5pm

Tempat : Bilik CNC Bengkel

Teknologi Pemesianan Industri

PERTANDINGAN KV SKILLS PERINGKAT ZON PAHANG 2024

PERTANDINGAN KV SKILLS PERINGKAT ZON PAHANG 2024, 19 Hingga 21 Ogos 2024

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

PERTANDINGAN KV SKILLS PERINGKAT ZON PAHANG 2024

19 HINGGA 21 OGOS 2024

Kolej Vokasional Kuantan diamanahkan untuk menjadi pengelola pertandingan bagi beberapa bidang iaitu Mechanical Design (CAD), CNC Milling, Additive Manufacturing, Electrical Installation, Electronic Industries dan Book Keeping.

Kolej Vokasional Kuantan juga telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Penutup Pertandingan KV Skills Peringkat Zon Pahang 2024 ini.

Berikut adalah pencapaian cemerlang pasukan KV Kuantan :

Teknologi Pemesinan Industri

Mechanical Design (CAD)

Johan : Muhammad Hasif Bin Zaihan

CNC Miling

Johan : Muhammad Luqman Haffiz Bin Muhamad Jazlan

Additive Manufacturing

Ketiga : Addaar Quthni Bin Azhar

Teknologi Kimpalan

Welding Technology

Johan : Syed Muhammad Zarul Iman Bin Syed Roslan

Teknologi Elektrik

Electrical Installation

Johan :​Harith Aqil Bin Harizal

Teknologi Pembinaan

Brick Laying

Naib Johan : Muhammad Shahril Hakimi Bin Khairul Anuar

Wall And Floor Tiling

Naib Johan : Muhammad Afiq Danish Bin Muhammad Basri Jazlan

Teknologi Elektronik

Electronic Industries

Naib Johan : Muhammad Afiq Irfan Bin Mohamed

Perakaunan

Bookkeeping

Johan : Anis Nisrina Binti Mohammad Suhaily George

Naib Johan : Abdul Raziq Bin Zulkifli

Ketiga : Siti Zuhairah Alya Binti Zaharan

PERTANDINGAN KV SKILLS PROGRAM PERAKAUNAN BOOKKEEPING CHAMPIONSHIP KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

PERTANDINGAN KV SKILLS PROGRAM PERAKAUNAN BOOKKEEPING CHAMPIONSHIP KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN, 20.8.2024

PERTANDINGAN INI DIANJURKAN OLEH UNIT PERAKAUNAN, KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN. DISERTAI OLEH SERAMAI 14 ORANG PELAJAR. DIMANA 7 ORANG PELAJAR 1 DVM DAN 7 ORANG PELAJAR 2 SVM. PERTANDINGAN  DIJALANKAN SELAMA 6 JAM, BERMULA PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG.PERTANDINGAN DIJALANKAN DI MAKMAL KOMPUTER PERAKAUNAN 1.

Anugerah Perak : Pertandingan Inovasi International Development Research & Innovation Virtual Exhibition

Tahniah! Anugerah Perak, 16/07/2024

Program Teknologi Maklumat telah menyertai Pertandingan Inovasi International Development Research & Innovation Virtual Exhibition.

 

Tahniah kepada Pensyarah En Mohd Adib Bin Haron.

 

syabas!

Anugerah Perak : Pertandingan Inovasi International STEM Innovation Competition 2024

Tahniah! Anugerah Perak, 12/07/2024

Program Perakaunan telah menyertaiPertandingan Inovasi International STEM Innovation Competition 2024 bersama 3 pensyarah Kolej Vokasional Kuantan.

 

Berikut Merupakan Senarai Peserta :

Pensyarah

  1. Muhamad Firdaus Bin Jarno
  2. Siti Nurul Huda Bt Yusof
  3. Normi Bt A Rahman

Tahniah diucapkan! semoga kolej vokasional kuantan terus berjaya! syabas!

Pingat Gangsa Pertandingan Inovasi Myyinocreate 2024 Peringkat Kebangsaan

Tahniah! Pingat Gangsa Kategori Junior, 10/07/2024

Program Teknologi Elektrik telah menyertai Pertandingan Inovasi Myyinocreate 2024 Peringkat Kebangsaan bersama 3 pelajar Kolej Vokasional Kuantan.

 

Berikut Merupakan Senarai Peserta :

Pensyarah Pembimbing 

Ts. Muhammad Khuzaini Bin Aminruddin 

Pelajar

  1. Muhammad Hasif Bin Zaihan
  2. Addaar Quthni Bin Azhar
  3. Muhammad Azeem Ezham Bin Ismail

Tahniah diucapkan! semoga kolej vokasional kuantan terus berjaya! syabas!

Penyerahan surat kenaikan gred pensyarah

KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH, 03/07/2024

Tahniah Kepada En Shaharudin di aras kenaikan pangkat DG54 dan kepada Pn Nirmaladevi di atas kenaikan pangkat ke DG48..

BORANG RUJUKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

BORANG RUJUKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING, 03/07/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Para pensyarah yang ingin merujuk pelajar boleh mengisi BORANG RUJUKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ini.. terima kasih ❀


Sila tekan link :

https://bit.ly/borangrujukanperkhidmatankaunseling 

Taklimat oleh Ts Zainuri Bin Mat @ Muhammad

Taklimat Penggunaan VCMS, 26 Jun 2024

Kehadiran:

Semua pensyarah KVOC

 

Tarikh:

26 dan 27 Jun 20224