"Quest For Excellence"

Tempat : Universiti Negeri , Jakarta (UNJ) Indonesia

Pertandingan inovasi IWC dan I3C, 2-7 Jun 2026

Penglibatan : Projek E-Z Checker - Pn. Roslin Binti Madisin, Pn. farah Sadrina, Pn. NurAtiqah, Projek E-Z Checker - Pn Sumiati Binti Suparmin

Pencapaian :  Gold Award untuk projek EL Logic Master, Gold Award dan Special Award SDG untuk Projek E-Z Checker

Jamuan makan dan ucapan persaraan

Jamuan raya ETN dan persaraan Cgu Lois, 22/4/2026 (Selasa) 8.00am - 2.00pm

Objektif :

  • Mengeratkan hubungan antara sesama pelajar, pensyarah dan staf akademik yang lain
  • Memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Cgu Lois sebelum bersara.

Projek iot, telegram dan Lora

Kursus iot, Tempat : Sandbox KSTI KK, 18/4/2026 (9.00am - 5.00pm)

Objektif :

  • Meningkatkan kompetensi pensyarah dan wakil pelajar DVM dan SVM Elektronik dalam aplikasi Internet of Things (IoT).
  • Mengukuhkan kefahaman terhadap teknologi semasa selaras dengan keperluan industri.
  • Mengaplikasikan pengetahuan IoT dalam pelaksanaan PTA dan penyertaan inovasi

Tempat : Organisasi latihan pelajar

Lawatan OJT1 , 16/4/2026 (Khamis), 10.00am - 1.00pm

Objektif :

  • Memastikan pelajar melaksanakan latihan industri selaras dengan hasil pembelajaran program Diploma Teknologi Elektronik.
  • Membimbing dan memantau perkembangan kemahiran teknikal serta sikap profesional pelajar di tempat kerja.
  • Menilai prestasi pelajar secara berterusan berdasarkan keperluan industri dan standard yang ditetapkan.

Perhimpunan bengkel, kuiz OBE (Kahoot), Tempat : Mini Teater

Aktiviti OBE PLO4 dan PLO5, 17/4/2026 (Jumaat)

Objektif :

  • Menggalakkan pelajar untuk sentiasa peka terhadap pelaksanaan OBE
  • Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai PLO 3 dan PLO4
  • Memberi peringatan kepada pelajar tentang minggu persekolahan, tugasan, PB dan aktiviti lain yang berlangsung di kolej
  • Mengingatkan pelajar supaya sentiasa menjaga adap dan disiplin

Semester 4 Diploma ambilan 2024 dan semester 1 Diploma ambilan 2025

Pembentangan CLORR dan CQI, 10 April 2026 (Jumaat) 8.00am - 9.30am

Objektif :

  • Mengenalpasti masalah dan isu yang dihadapi oleh pensyarah berkaitan dengan CLO dan PLO bagi setiap kursus
  • Menganalisis kaedah penyampaian dan pentaksiran sama ada bersesuaian atau tidak dengan keperluan pelajar
  • memastikan setiap pensyarah dapat mentafsir tingkah laku pelajar pada setiap kursus yang dipelajari

Pop kuiz PLO1 dan PLO2

Aktiviti OBE , 10/4/2026 (Jumaat)

Objektif :

  • Menggalakkan pelajar supaya sentiasa mengambil berat terhadap pelaksanaan OBE di kolej khasnya dalam program Teknologi Elektronik
  • Meningkatkan pengetahuan asas pelajar berkaitan dengan OBE sebagai persediaan akreditasi MBOT

Penilaian akhir SKM tahap 3 dan semakan portfolio calon

Lawatan pegawai pengesah luar (PPL), 7-9 April 2026

  • Mengesahkan pematuhan standard. Memastikan pelaksanaan latihan dan penilaian mematuhi keperluan NOSS dan garis panduan JPK.
  • Mengesahkan kompetensi pelajar. Menyemak eviden dan markah pelajar selaras dengan RPK dan myspike bagi melayakkan pentauliahan SKM Tahap 3.
  • Menjalankan penilaian akhir teori dan amali SKM tahap 3

Penglibatan : Pn. Roslin Binti Madisin (Fasilitator), pensyarah ETN

Inhouse training NotebookLM, 12/3/2026 (Khamis)

Objektif :

  • Memberi pendedahan kepada pensyarah Program Teknologi Elektronik mengenai penggunaan NotebookLM dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
  • Meningkatkan kemahiran pensyarah dalam memanfaatkan teknologi digital bagi menghasilkan bahan PdPc yang lebih sistematik dan berkesan.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan sebagai alat sokongan dalam proses penyampaian pengajaran kepada pelajar.

Impak :

  • Pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan NotebookLM bagi membantu penyediaan bahan PdP.
  • Proses penyediaan bahan pengajaran menjadi lebih mudah, cepat dan tersusun.
  • Kualiti penyampaian PdPc kepada pelajar dapat dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi digital yang lebih efektif.

Penglibatan : Maryannie Muslin, 25 orang pelajar 2Diploma ETN ambilan 2024

Pertandingan Sumo Soccer ETN, 25-26 Februari 2026, Makmal komputer ETN, 11.00am - 2.00pm

Untuk memenuhi PB DEB4033 TEKNOLOGI ROBOTIK

Penglibatan : EN. Julaihi Abdullah (Penyelaras OJT), Pn. Marianne Bt Muslin (Koordinator), Pensyarah Teknologi Elektronik Pelajar diploma ambilan 2024

Taklimat OJT 2 ETN, 6/3/3026 (Jumaat) 8.00am Makmal komputer ETN

bjektif:

  • Memberi penerangan kepada pelajar mengenai pelaksanaan dan keperluan OJT sebelum menjalani latihan industri.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar tentang peraturan, tanggungjawab dan etika semasa berada di industri.
  • Memastikan pelajar bersedia dari segi pengetahuan dan disiplin sebelum ditempatkan di organisasi industri.

Impak :

  • Pelajar lebih memahami prosedur dan keperluan pelaksanaan OJT.
  • Pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan untuk menjalani latihan industri.
  • Pelaksanaan OJT dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.

Penglibatan : En. Sulaman Bin Ibrahim (Ketua Jabatan), Pn. Roslin Binti Madisin (Ketua Program), Pensyarah Teknologi Elektronik, Pelajar diploma ambilan 2025 & 2024 Pelajar SVM kohort 2026

Penyampaian sijil terbaik kursus diploma Teknologi Elektronik, 6/3/2026 (Jumaat)

Objektif

  • Memberi pengiktirafan kepada pelajar Diploma Teknologi Elektronik yang mencapai prestasi cemerlang dalam kursus vokasional.
  • Meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kemahiran dan akademik.
  • Memupuk budaya kecemerlangan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar program.

Impak

  • Pelajar berasa dihargai atas pencapaian yang diperoleh dan lebih berkeyakinan untuk mengekalkan prestasi cemerlang.
  • Mendorong pelajar lain untuk meningkatkan usaha dan pencapaian dalam kursus vokasional.
  • Mengukuhkan budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar Program Teknologi Elektronik.

Membuat pameran dan menjemput pihak sekolah menengah dan orang luar untuk melawat bengkel

Hari terbuka ETN, 10-11 /2/2026

Penglibatan :

  • Semua pensyarah ETN
  • Pelajar 1DVM ambilan 2025
  • 35 orang dari SMP Likas
  • 24 orang dari SMK Likas
  • 10 orang dari SMJK Shan Tao
  • 20 orang dari SMK Peter Mojuntin
  • 9 orang dari SMK Tobobon 
  • 34 orang dari SM La Salle
  • 20 orang dari SMK Putatan
  • 9 orang dari SMK Petagas

Objektif :

  • Memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu untuk mengenali struktur kurikulum, peralatan, bahan PdP, dan kaedah pembelajaran dalam program Teknologi Elektronik (peringkat Sijil & Diploma).
  • Menunjukkan pencapaian, projek inovasi dan demonstrasi penggunaan peralatan atau bahan pdp program teknologi elektronik kepada masyarakat luar.
  • Menarik minat pelajar sekolah menengah untuk memilih bidang vokasional program teknologi elektronik pada tahun hadapan.

Impak aktiviti :

  • Pelajar sekolah menengah mendapat pendedahan langsung terhadap program teknologi elektronik, sekali gus meningkatkan minat untuk melanjutkan pengajian dalam program ini.
  • Masyarakat dan pihak sekolah menengah lebih memahami kelebihan serta prospek kerjaya dalam bidang vokasional.
  • Membuka peluang untuk program susulan seperti lawatan, bengkel bersama, atau pertandingan inovasi.

Tac melawat bengkel dan membuat penilaian kurikulum dan peralatan

Lawatan TAC ETN, 12/2/2026

Penglibatan :

  • En. Julfadzly Bin Muhaimin(TAC)
  • Pn. Roslin Binti Madisin (Ketua Program)
  • Pensyarah Teknologi Elektronik
  • Pelajar diploma ambilan 2025

Objektif :

  • Menilai keselarasan dan keberkesanan kurikulum Program Teknologi Elektronik dengan keperluan serta amalan industri semasa.
  • Menilai kesesuaian, kecukupan dan keberfungsian peralatan serta kemudahan latihan dalam menyokong pelaksanaan kurikulum program.
  • Mendapatkan maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pihak industri bagi penambahbaikan berterusan kualiti kurikulum dan latihan program.

Memberi tunjuk ajar cara menggunakan perisian Proteus

In house training Proteus, 11/2/2026

Penglibatan :

Pensyarah

  • Pn. Roslin Binti Madisin
  • En. Amborus Tanegiling

Fasilitator :

Pelajar 2SVM Sem4 Kohort 2024

  • Edwin Cole
  • Ben Oxford Slivester
  • Brian Christopher
  • Bryan Joube
  • Amy Grace Timothy
  • Darrel Owen Fred

Peserta :

27 orang pelajar ETN 1SVM Sem1 kohort 2026

 

Objektif :

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang fungsi asas perisian Proteus sebagai alat untuk melukis litar dan simulasi elektronik.
  • Memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara membina litar skematik, pcb layout dan 3D view papan pcba.
  • Menyediakan pelajar dengan kemahiran asas untuk membuat tugasan pb vokasional seterusnya mengekalkan minat mereka untuk meneruskan pengajian di kolej Vokasional Likas.

Impak aktiviti :

  • Pelajar dapat menggunakan perisian Proteus untuk membina litar skematik dan pcb serta menguji litar melalui simulasi.
  • Pelajar berasa seronok dan lebih yakin kerana dapat melihat hasil kerja mereka secara visual (3d view) sekali gus meningkatkan motivasi untuk meneruskan pengajian di kolej Vokasional Likas

Membincangkan tentang perkara seperti dalam surat panggilan mesyuarat

Mesyuarat program kali 1, 6/2/2026 (Jumaat)

Agenda : 

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Maklumbalas dan pengesahan minit mesyuarat 04/2025
  3. Pelaksanaan PB/ PA 2026
  4. Penggunaan VCMS
  5. Pendaftaran pelajar baharu SVM (Kohort 2026)
  6. Expo PTA & hari terbuka ETN
  7. Persediaan OJT
  8. Intervensi
  9. Penyelenggeraan
  10. Hal-hal lain

 

Kehadiran :

  • Pn. Roslin Binti Madisin (KP)
  • Pn. Jennie Manson (KB)
  • En. Julaihi Abdullah
  • En. Amborus Tanegiling
  • En. Lois Kimbin
  • Pn. Sumiati Binti Suparmin
  • Pn. Maryannie Binti Muslin
  • Pn. Farah Sadrina Binti Abd Wahid

Penglibatan : Pn, Maryannie, Pn. Farah Sadrina dan 6 orang pelajar Diploma ETN

Perbengkelan IOT, 21/1/2026, Rabu, masa: 8.00am - 4.30pm, Tempat : SMK Kuala Penyu

Objektif :

  • Memberi pendedahan tentang IOT kepada pelajar Sekolah Menengah
  • Meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam pembinaan dan pengujian projek iot secara amali
  • Memupuk minat pelajar terhadap bidang teknologi digital sebagai persediaan awal ke arah pendidikan dan kerjaya masa hadapan

Penglibatan : Cik Kalaimagal - Ketua Jaminan Kualiti Pn. Jennifer - Penyelaras ICT, Pensyarah ETN

Kunjung bantu pengisian VCMS, Tarikh : 22/1/2026, masa : 11.00am, Tempat : Bilik persediaan pensyarah ETN

Objektif :

  • Memantau keberkesanan penggunaan sistem VCMS dalam kalangan pensyarah Program Teknologi Elektronik.
  • Menilai tahap pemahaman dan pematuhan pensyarah terhadap penggunaan VCMS.
  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan VCMS sebagai platform pengurusan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar cara meningkatkan keberkesanan penggunaan VCMS.

Membersihkan bilik-bilik khas di bengkel elektronik

Gotong royong program Teknologi Elektronik, 19/12/2025

Objektif :

  • Membina semangat kerjasama antara pensyarah dan pelajar melalui aktiviti bersama
  • Meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan dan keselamatan bengkel elektronik.
  • Mengukuhkan disiplin dan nilai murni seperti tolong-menolong, prihatin, dan kepedulian sosial.
  • Menyokong suasana pembelajaran kondusif dengan memastikan ruang kerja teknikal sentiasa teratur dan selamat.

Perkongsian dengan alumni

Bicara Alumni, 17/12/2025

Penglibatan

pensyarah :

Pn.Roslin Binti Madisin (moderator)

Pn. Jennie Manson (pensyarah etn)

Pn. Rokiah Binti Kadir (pensyarah ete)

ALUMNI :

1. Aldhelm Liaw

2. Mohd Haziq Wazini Bin Saidil

pelajar :

1dvm ambilan 2025 - 28 orang

1svm ambilan 2025 - 29 orang

2svm ambilan 2024 - 28 orang

 

OBJEKTIF :

  • Mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar industri elektronik melalui perkongsian alumni.
  • Meningkatkan kefahaman tentang peluang kerjaya dalam bidang teknologi elektronik.
  • Membina jaringan profesional antara pelajar, alumni, dan pihak industri.
  • Menghubungkan generasi pelajar dengan alumni sebagai sumber inspirasi dan motivasi.

Ceramah berkaitan dengan keselamatan

KURSUS CIDB, 11/12/2025

Penglibatan :

PENCERAMAH : En. JOQUES BIN DONE (PEGAWAI CIDB)

PENSYARAH : En. mohd yunus mustakim (penyelaras aktiviti)

En. Jasrin Medeh (ketua program ETE)

Pn. Roslin Binti Madisin (ketua program ETN)

En. Andry Lim (penyelaras ojt ETE)

En. Julaihi Abdullah (penyelaras ojt ETN)

pelajar : 2DVM TEK. ELEKTRIK AMBILAN 2024 - 30 orang

2DVM TEK. ELEKTRONIK AMBILAN 2024 - 25 orang

 

OBJEKTIF :

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar Diploma Teknologi elektrik & Elektronik mengenai keperluan keselamatan dan standard industri yang ditetapkan oleh CIDB.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan pematuhan terhadap prosedur keselamatan dan kualiti dalam projek teknikal.
  • Membina kesedaran profesionalisme serta tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar sebagai bakal tenaga kerja industri.
  • Menyediakan asas pengetahuan yang relevan untuk pelajar sebelum mereka menjalani latihan industri atau memasuki alam pekerjaan.

Pensyarah menemuduga pelajar, ujian bertulis akademik dan ujian DASS

Temuduga pengambilan pelajar baharu SVM sesi 2026, 2-3/12/2026

Penglibatan :

PENSYARAH : 

Pn. Roslin binti madisin (ketua program etn)

En. Julaihi abdullah (pensyarah svm)

En. Amborus tanegiling (pensyarah svm)

pelajar : CALON SVM ETN - 50 ORANG

 

OBJEKTIF :

  • Menilai kesesuaian calon dari segi pengetahuan asas, kemahiran komunikasi, dan motivasi untuk mengikuti program.
  • Mengenalpasti potensi pelajar yang mampu berkembang dalam bidang teknikal dan akademik.
  • Memastikan pemilihan pelajar berkualiti yang selari dengan visi program untuk melahirkan graduan berdaya saing.
  • Meningkatkan ketelusan proses pemilihan dengan kaedah penilaian yang sistematik dan adil.
  • Membina imej profesional program melalui proses pengambilan pelajar yang teratur dan berstruktur.

Perjumpaan dengan pelajar dVM

Intervensi pelajar DEB, 4/12/2025

Penglibatan :

PENSYARAH : PN. ROSLIN BINTI MADISIN (KETUA PROGRAM ETN)

EN. LOIS KIMBIN (PENYELARAS INTERVENSI ETN)

Ts. MARYANNIE BINTI MUSLIN (KOORDINATOR 2DVM DEB)

PELAJAR : 2DVM Ambilan 2024

1. WELLTER BIN FORIKSON

2. ELVIS JAYVIER HILARY

Perkara : kehadiran kurang dari 80%

 

OBJEKTIF :

  • Menjelaskan kepada pelajar kepentingan kehadiran penuh ke kolej dan kelas
  • mengingatkan pelajar untuk mengelakkan masalah disiplin yang boleh mempengaruhi rekod peribadi mereka
  • Memotivasi pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi melayakkan mereka konvo seterusnya mendapat persijilan diploma
  • Mewujudkan saluran komunikasi antara pelajar, pensyarah, dan pihak pengurusan bagi menangani isu lebih awal sebelum menjadi kritikal.
  • Menyokong kesejahteraan pelajar dengan mengenal pasti faktor dalaman/luaran yang mempengaruhi prestasi dan menyediakan intervensi sesuai.

Perjumpaan dengan pelajar SVM

Intervensi pelajar CEB, 29/10/2025

Penglibatan :

PENSYARAH : PN. ROSLIN BINTI MADISIN (KETUA PROGRAM ETN)

EN. LOIS KIMBIN (PENYELARAS INTERVENSI ETN)

EN. JULAIHI ABDULLAH (KOORDINATOR 2-2SVM)

PN. JENNIE MANSON (KOORDINATOR 2-1SVM)

PELAJAR : 1svm ETN kohort 2025 - 2 ORANG

               2svm ETN kohort 2024 - 18 ORANG

Perkara : Tidak mencapai tahap minimum kelulusan MPV & PNGK di bawah 2.20

 

BJEKTIF :

  • Menjelaskan kepada pelajar kepentingan kehadiran penuh ke kolej dan kelas
  • mengingatkan pelajar untuk mengelakkan masalah disiplin yang boleh mempengaruhi rekod peribadi mereka
  • Memotivasi pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik untuk melayakkan mereka mendapat persijilan SVM, SKM dan meneruskan pengajian ke peringkat diploma (DVM)
  • Mewujudkan saluran komunikasi antara pelajar, pensyarah, dan pihak pengurusan bagi menangani isu lebih awal sebelum menjadi kritikal.
  • Menyokong kesejahteraan pelajar dengan mengenal pasti faktor dalaman/luaran yang mempengaruhi prestasi dan menyediakan intervensi sesuai.

Kursus Vokasional Program Teknologi Elektronik

Penyampaian Anugerah pencapaian cemerlang, 21/11/2025

Penglibatan :

TPSA : En. Mohd. Rizal

KJK : Cik. Kalaimagal

KJ EE & ETN : En. Sulaiman

Semua pensyarah ETN : 9 orang

Semua pelajar elektronik :

1SVM semester 1 Kohort 2025

2SVM semester 4 Kohort 2024

2DVM semester 4 ambilan 2024

 

OBJEKTIF :

  • Mengiktiraf pencapaian pelajar dalam subjek vokasional Teknologi Elektronik sebagai motivasi berterusan.
  • Meningkatkan semangat kompetitif sihat dalam kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan vokasional.
  • Mendorong penguasaan kemahiran teknikal yang relevan dengan industri melalui penekanan terhadap pencapaian terbaik.
  • Membina budaya penghargaan di antara pensyarah, pelajar, dan pentadbiran terhadap usaha dan komitmen.
  • Menjadi platform inspirasi kepada pelajar lain untuk mencontohi rakan yang berjaya.

Penyelaras OJT ETN menerangkan tentang pelaksanaan OJT kepada pelajar

Taklimat OJT, 18/12/2025

penglibatan

pensyarah :

Roslin binti madisin (ketua program)

Julaihi Abdullah (penyelaras ojt etn)

Ts Maryannie Binti Muslin (Koordinator 2DVM)

pelajar : 2dvm ambilan 2024 (25 orang)

 

OBJEKTIF :

  • Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai konsep, tujuan dan kepentingan pelaksanaan OJT dalam industri.
  • Menjelaskan peraturan, etika kerja, dan tanggungjawab pelajar semasa menjalani OJT di tempat latihan.
  • Menerangkan struktur latihan, tempoh OJT, kaedah penilaian dan pemantauan prestasi pelajar serta borang-borang yang perlu mereka isi.
  • Membantu pelajar memahami peranan penyelia industri dan penyelia institusi dalam pelaksanaan OJT.
  • Menyediakan pelajar dari segi mental, disiplin dan profesionalisme sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.
  • Mengurangkan kekeliruan dan kesilapan pelajar semasa OJT melalui penerangan prosedur yang jelas dan tersusun.

Perkongsian cara penggunaan VCMS

In-house training VCMS ETN, 17/12/2025

Penglibatan

pensyarah :

  • Roslin Binti Madisin (fasilitator 1)
  • Farah Sadrina Binti Abd Wahid (fasilitator 2)
  • Julaihi Abdullah
  • Amborus Tanegiling
  • Norhafiza Binti Mohd Baharin
  • Jennie Manson
  • Lois Kimbin
  • Maryannie Binti Muslin
  • Sumiati Binti suparmin

 

OBJEKTIF :

  • Memperkenalkan fungsi dan modul utama VCMS yang relevan dengan peranan pensyarah, seperti myClassroom, myLessonPlan, Analisis CLO, dan Laporan CQI.
  • Meningkatkan kefahaman pensyarah terhadap aliran kerja digital dalam VCMS, termasuk pendaftaran kursus, rekod kehadiran, dan pelaporan pentaksiran.
  • Melatih pensyarah menggunakan sistem secara hands-on melalui simulasi dan aktiviti praktikal yang berfokus kepada tugasan harian mereka.
  • Menyelaraskan penggunaan VCMS dengan keperluan program Teknologi Elektronik, termasuk pelaporan CLORR, PLORR dan PCORR.
  • Membina keyakinan pensyarah untuk mengurus data pelajar, membuat analisis pencapaian, dan menjana laporan secara kendiri melalui sistem.
  • Mewujudkan saluran sokongan dalaman untuk pensyarah yang memerlukan bantuan teknikal atau panduan selepas latihan.

SLU BERSAMA KETUA PROGRAM

BENGKEL DALAMAN VCMS, 16 DISEMBER 2025

MEMBINCANGKAN PROSES PENGISIAN DATA BAGI DVM AMBILAN 2024 DAN AMBILAN 2025 MELIBATKAN KJK, KJPP, KU ICT DAN KUP DVM SERTA LAPAN (8) ORANG KETUA PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL LIKAS.

Taklimat Pengguna VCMS

Taklimat / Bengkel, 10 Disember 2025

Tahniah Pingat Emas Festival IDEA Sabah 2025

Pencapaian Program, 18 Oktober 2025

Congratulations Ts Maryannie and students ...you did it again

Pencapaian , 18 Oktober 2025