"Your Future Begin Here"

Perincian Program

PROGRAM PERKONGSIAN KEMAHIRAN DAN JALINAN ILMU PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN KVTAA DI POLITEKNIK ATMI DAN SOLO TECHNOPARK, KOTA SURAKARTA INDONESIA, 16-19 APRIL 2024

Program Perkongsian Kemahiran dan Jalinan Ilmu telah dirancang oleh Program Teknologi Kimpalan KVTAA, Bentong, Pahang ke Politeknik ATMI dan Solo Technopark di Kota Surakarta, Indonesia sebagai salah satu program pengantarabangsaan KVTAA dalam bidang TVET. Program lawatan ke industri di kota tersebut turut  dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran agar dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang tersebut. 

Lawatan ini juga merupakan landasan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar berkaitan dengan perkembangan  terkini dan disiplin ilmu yang dilaksanakan di Politeknik ATMI dan Solo Technopark, Kota Surakarta terutamanya di Kluster Manufaktur – sektor pengelasan (general dan underwater). 

Melalui lawatan ini juga, diharapkan pensyarah dan pelajar dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan prestasi serta kualiti pengajaran dan pembelajaran di kolej. Disamping menimba ilmu, perhubungan sosial dan intelektual antara dua negara Malaysia dan Indonesia juga dapat dipupuk dan dikekalkan keharmoniannya.  Sehubungan dengan itu, program ini diharap dapat mewujudkan satu budaya pemikiran kreatif hasil perkongsian maklumat dan teknologi dengan premis yang dilawati dalam kalangan tenaga pengajar dan pelajar kolej yang mampu bersaing di peringkat global.

WORLDSKILLS BIDANG ELEKTRONIK-PRA KELAYAKAN

2 PELAJAR TEK ELEKTRONIK (KVTAA) MENYERTAI WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2024, 1 JUN 2024 (SABTU)

Pada 1 Jun 2024 bertempat di CIAST Shah Alam telah berlangsung Pertandingan Pra Kelayakan WSMB Bidang Elektronik. 2 orang wakil program Teknologi Elektronik KVTAA iaitu Muhammad Wafiq Naufal bin Zulhairi dan Shamil Aiman Tan bin Alif Ridzuan Tan bersaing bersama 50 orang peserta dari pelbagai institusi kemahiran awam dan swasta. Mereka dibimbing oleh En. Muhamad Kamal Hafiz. Dalam sidang kelayakan itu peserta perlu menghabiskan 3 Task dalam masa 3 jam. Hanya 8 orang akan mara ke peringkat akhir.  Semoga usaha pelajar dan jurulatih dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. BETTER SKILLS FOR BETTER FUTURE!!

5 orang pelajar menyertai pertandingan

Pertandingan Pra Worldskills ITNSA, 16 Mei 2024

Nama Pelajar :

  1. Mamat Bin Sallleh
  2. Ali Bin Abu

PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDSUTRI

KURSUS VCMS, 20 MAY 2024

Pengisian data sistem pengurusan peperiksaan diploma vokasional