"Melahirkan Peneraju Hari Esok"

Lawatan Penanda Aras KV Sultan Ahmad Shah Rompin ke Program Pengurusan Perniagaan KV Kajang

Berita, 26 September 2025

Tarikh : 26 September 2025

Bilangan pensyarah : 5 orang

Bilangan pelajar : 31 orang

Objektif

• Memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar Program Pengurusan Perniagaan KV SAS Rompin,Pahang terhadap susun atur mock office dan makmal komputer di KV Kajang

• ⁠Usaha ini bertujuan untuk membuat persediaan menghadapi lawatan pentauliahan COPTPA dan akreditasi MQA

Kangaroo Maths Competition (2025)

Pencapaian Pelajar, 28 Ogos 2025

Pencapaian : Silver Award bagi Student Category

Pelajar: Syaril bin Jamsani

Guru Pembimbing : Sir Siva A/L Gopalakrishnan

Tahniah diucapkan.. KV Kajang UP...

Tahniah Nuraisyah Binti Azlin

Pencapaian - Worldskills ASEAN 2025 Manila, 10 September 2025

Tahniah Nuraisyah Binti Azlin

Menyemai Inspirasi Melalui Lawatan Industri Kolej Vokasional Kajang ke Akademi JV & JV Auto Lube

Berita - Program Kerjasama, 4 September 2025

Tarikh: 3 September 2025 (Rabu)

Lokasi: Akademi JV & JV Auto Lube, Shah Alam

Alhamdulillah, JV Auto Lube berbesar hati menerima kunjungan daripada 27 pelajar bersama 4 guru pengiring daripada Kolej Vokasional Kajang untuk sesi lawatan sambil belajar di bengkel kami.

 

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat, perkongsian ilmu serta semangat keusahawanan, sebelum para pelajar dibawa meninjau secara dekat operasi pusat servis & transmisi JV Auto Lube (Pakar Gearbox) . Di akhir program, suasana lebih bermakna dengan sesi fotografi serta penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan.

Lebih istimewa, Pengarah Urusan JV Auto Lube, En. Mohmd Zaidi Mohmd Souade, yang juga merupakan alumni Kolej Vokasional Kajang, turut berkongsi perjalanan hidup, cabaran dan kejayaan beliau dalam dunia automotif. Beliau menitipkan pesan kepada para pelajar agar tidak mudah berputus asa, terus menimba ilmu, dan sentiasa yakin dengan potensi diri.

Ucapan penghargaan ditujukan kepada guru pengiring, En. Haszarul Hazreen Hisyam, Ts. Mohd Khairul Amin, En. Haszlika dan En. Kamarul Hafis, atas bimbingan dan sokongan kepada para pelajar.

 

Semoga pengalaman ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha, membina jati diri, serta melakar masa depan yang gemilang dalam bidang automotif.