"Empowering Generations"

Karnival & Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah 2026

Aktiviti Kolej, 26 Januari 2026

Karnival & Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah 2026

 

Karnival dan Majlis Apresiasi Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah telah berjaya diadakan pada 24 Januari 2026 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Dewan Serbaguna Seri Iskandar.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Khairudin bin Abu Hanipah,

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Pihak Kolej Vokasional Seri Iskandar (KVSI) turut mengambil bahagian dengan menghantar pensyarah dan pelajar daripada Bengkel Teknologi Elektronik bagi mengadakan pameran serta memeriahkan suasana karnival.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat terus menyokong pembangunan pendidikan digital di Daerah Perak Tengah.

 

#PendidikanDigital

#KVSI

#PerakTengah

#KarnivalPendidikan

#TVET