"Bersama Mencapai Kecemerlangan"

,

<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Funitteknologikomputerankvbp%2Fposts%2Fpfbid0fQYWzAbzkUjhbPNpBtgxCpmudq2UAYvVMyFYtb4BKK5oPbnXUkZ5rfGSfA6MZhAjl&show_text=true&width=500" width="500" height="747" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>

Majlis Graduasi SVM 2025

Aktiviti Kolej, 26 September 2025

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan SVM Kohort 2023 Kolej Vokasional Balik Pulau di atas penganugerahan dalam Majlis Graduasi SVM 2025.

Pihak kolej amat berbangga dengan pencapaian para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan penuh dedikasi dan ketabahan. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang dalam kerjaya serta kehidupan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara. Kolej Vokasional Balik Pulau mendoakan agar semua graduan terus melakar kejayaan, membawa nama baik kolej, serta menjadi insan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Tahniah diucapkan kepada program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web

Pencapaian Program, 24 September 2025

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aiman Asyraf bin Nuur Nazri (Sem 3 SVM – Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web) telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Kemahiran Kolej Vokasional (KV Skills) Peringkat Kebangsaan Kali ke-9 pada 6 – 11 September 2025. Aiman telah mewakili Zon Pulau Pinang bagi bidang Web Technology
Pertandingan berlangsung di KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan majlis penutup diadakan di KV Port Dickson. Tahniah juga kepada jurulatih, Encik Zulhaikal bin Jaini, atas bimbingan dan sokongan yang membawa kepada pencapaian membanggakan ini.

Lawatan Kerja Kolej Vokasional Seri Manjung ke Kolej Vokasional Balik Pulau Bagi Program Teknologi Elektrik

Berita Kolej - Lawatan Kerja, 23 September 2025

Kolej Vokasional Balik Pulau menerima kunjungan kerja daripada Kolej Vokasional Seri Manjung bagi Program Teknologi Elektrik.

Lawatan ini menjadi ruang untuk perkongsian ilmu, pengalaman serta pengukuhan jalinan kerjasama antara kedua-dua institusi.

Semoga hubungan ini terus memberi manfaat dalam melahirkan tenaga mahir yang berkualiti tinggi!