Program Opening Young Eyes (OYES!) anjuran Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim
Malaysia (YATIM) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Kolej Vokasional Dato’ Lela
Maharaja pada 8 September 2026. Lawatan ini merupakan salah satu usaha
memberikan pendedahan kepada peserta, khususnya anak-anak yatim Tingkatan 2 dan mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta bidang
kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional.
Alhamdulillah, telah berlangsung semalam (13 Mac 2026) dengan penuh keberkatan Program Khatam Al-Quran Perdana bagi Pensyarah dan AKP Tahun 2026.
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan, KVDLM
Program ini menjadi medan untuk kita bersama-sama menghayati keindahan kalam Allah SWT serta menyemarakkan lagi semangat cinta terhadap Al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." — Hadis Riwayat Bukhari.
Semoga segala usaha dan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, ketenangan hati dan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan.
Disertakan gambar-gambar sekitar majlis.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Di sebalik pencapaian membanggakan ini terserlah usaha gigih, komitmen dan dedikasi warga pendidik KV Dato’ Lela Maharaja dalam membimbing dan memperkasa anak-anak pelajar.
Setiap kejayaan adalah hasil bimbingan berterusan, pembelajaran berasaskan amali serta semangat tidak pernah jemu melahirkan pelajar berpotensi cemerlang dan berdaya saing, khususnya dalam bidang pertanian dan inovasi.
Semoga kejayaan ini terus menyemai inspirasi kepada semua pelajar, memacu kecemerlangan dan membuktikan bahawa pendidikan TVET mampu melahirkan generasi profesional yang bersedia menghadapi cabaran masa depan. 👍❤️