Kata Aluan Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Vokasional Nibong Tebal.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web ini sebagai medium untuk mendapatkan maklumat berkaitan kolej, program pengajian, aktiviti pelajar serta pencapaian warga KV Nibong Tebal.
Seiring dengan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional masa kini, KV Nibong Tebal komited dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif dan memenuhi keperluan industri. Kami sentiasa berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, inovatif dan relevan dengan kehendak semasa demi memastikan kecemerlangan pelajar dapat dicapai secara holistik.
Laman web ini diwujudkan sebagai platform perkongsian maklumat yang cepat, tepat dan mesra pengguna kepada pelajar, ibu bapa, komuniti serta rakan industri. Diharapkan segala informasi yang disediakan dapat membantu serta mengeratkan hubungan antara kolej dan masyarakat.
Akhir kata, saya berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan amat kami hargai dalam usaha memartabatkan pendidikan TVET negara.
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Nibong Tebal
Jalan Bukit Panchor 14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan Pulau Pinang
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |