Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Puji syukur kita panjatkan ke hadrat Allah Yang Maha Esa, kerana dengan rahmat
dan kurnia-Nya, kita masih diberi peluang untuk terus menabur bakti di bidang
pendidikan demi anak-anak bangsa tercinta. Usaha kita ini bertujuan melahirkan
generasi pewaris yang mampu berkhidmat untuk kecemerlangan negara pada
masa hadapan.
Pada kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan sekalung tahniah dan setinggitinggi
penghargaan kepada semua pensyarah atas usaha keras dan komitmen
padu sepanjang tahun 2025. Banyak kejayaan telah dicapai dalam pelbagai
bidang, sehingga meletakkan nama Kolej Vokasional Klang setanding dengan
kolej-kolej vokasional yang lain. Tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa
Buku Pengurusan Kolej Vokasional Klang 2026, kerana dengan kerjasama dan
gabungan idea yang jitu, buku pengurusan ini dapat disiapkan untuk dijadikan
panduan dan rujukan seluruh warga kolej.
Sebagaimana yang kita semua maklum, adalah menjadi matlamat dan harapan
Kolej Vokasional Klang untuk melahirkan graduan dalam bidang TVET yang
mampu mengisi pasaran pekerjaan bagi membangunkan negara, selaras dengan
misi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). Justeru,
saya menyeru semua warga KV Klang untuk terus gigih berganding bahu
mencurahkan keringat tanpa berbelah bagi demi mencapai hasrat dan impian ini.
Marilah kita bersama-sama bergerak seiring, ibarat ‘yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing’, bersatu hati mendidik dan membimbing anak-anak
Kolej Vokasional Klang sehingga mereka berjaya dalam bidang masing-masing.
SEKAPUR SIRIH
Besar harapan saya agar pada tahun 2026 ini,
Kolej Vokasional Klang akan dapat mencipta kejayaan
yang lebih cemerlang dalam pelbagai bidang dan
peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya, melonjakkan
nama Kolej Vokasional Klang tercinta di persada negara
dan antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
Tn HAJI KAMARUDDIN BIN MAT REJAB
Pengarah,
Kolej Vokasional Klang.
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Klang
Km 3 Pers Tg. Ampuan Rahimah
41200 Klang Selangor
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |