Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Vokasional Sandakan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web ini. Kehadiran anda mencerminkan minat dan kepercayaan terhadap peranan Kolej Vokasional Sandakan sebagai sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang komited melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berdaya saing serta berakhlak mulia.
Saya percaya kejayaan sesebuah institusi bukan sahaja bergantung kepada kecemerlangan akademik, malah turut disokong oleh budaya kerja berintegriti, semangat berpasukan, kreativiti dan komitmen seluruh warga kolej. Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi merealisasikan visi dan misi kolej demi melahirkan generasi profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Kolej Vokasional Sandakan. Semoga laman web ini menjadi sumber rujukan yang bermanfaat serta mengeratkan hubungan antara kolej dengan semua pihak berkepentingan.
Sekian, terima kasih.
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera."
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Sandakan
Off Jalan Sekolah Pertukangan
Batu 1 1/2 Jalan Utara 90000 Sandakan Sabah
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |