Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI, Salam TVET dihati,
Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya Buku Pengurusan KVSP2 dan Takwim pengajian bagi tahun 2025 telah dapat disiapkan seperti yang dirancang. Adalah diharapkan dengan adanya Buku Pengurusan ini, segala perancangan aktiviti bagi tahun ini dapat direncanakan dengan baik dan sistematik. Beberapa perubahan baharu dari segi struktur dan jawatankuasa dibuat bagi menambahbaik aspek pengurusan setelah mengambil kira kelemahan dan keberkesanan program yang dilaksanakan pada tahun lepas.
Saya berharap semua warga KVSP2 menerima tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Amalkan musyawarah dalam aspek pengurusan dan jauhi ikhtilaf yang boleh mengakibatkan perbalahan dan perpecahan supaya kita dapat bekerja dalam suasana mahabbah, sa’adah dan saling menghormati di antara satu sama lain.
Harapan saya pada tahun ini kita akan terus mempertingkatkan kecemerlangan KVSP2 dalam semua aspek dalam mencapai misi dan visi KVSP2 dan seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang berketrampilan dan memenuhi kehendak pasaran.
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Sungai Petani 2
Lot 82 Kg. Sg. Tukang
08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |