Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Kolej Vokasional Muadzam Shah terus maju dalam merealisasikan visi dan misi pendidikan vokasional di Malaysia. Sebagai sebuah institusi yang berperanan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing, kami sentiasa komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti serta latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Portal rasmi kolej ini merupakan salah satu medium utama dalam menyampaikan informasi terkini berkaitan kolej, program pengajian, aktiviti pelajar, serta pelbagai inisiatif yang dijalankan bagi memastikan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Saya percaya bahawa dengan adanya platform ini, warga kolej serta masyarakat luar dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah dan efisien, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara kolej dan pihak berkepentingan.
Akhir kata, saya berharap portal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Semoga kita terus melangkah maju dalam menjadikan kolej ini sebagai institusi vokasional unggul yang melahirkan modal insan berkualiti serta berdaya saing di peringkat global.
Sekian, terima kasih
Pengarah
Kolej Vokasional Muadzam Shah
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Muadzam Shah
Jalan Istana Pelanti
26700 Muadzam Shah Pahang
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |