Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Kolej Vokasional Gerik.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Kolej Vokasional Gerik terus komited dalam menyediakan pendidikan dan latihan vokasional yang berkualiti bagi melahirkan generasi berkemahiran, berpengetahuan, berdaya saing serta mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.
Laman web ini menjadi salah satu medium utama untuk menyampaikan maklumat berkaitan program pendidikan, akademik, kemahiran, aktiviti pelajar, pencapaian, perkhidmatan dan perkembangan semasa Kolej Vokasional Gerik kepada warga kolej, ibu bapa, pihak industri, komuniti serta masyarakat umum.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan dunia pekerjaan yang dinamik, Kolej Vokasional Gerik sentiasa berusaha memperkukuh ekosistem pendidikan yang berteraskan kompetensi, inovasi, teknologi dan keusahawanan. Kami percaya bahawa pendidikan vokasional merupakan pemangkin penting dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Aktiviti Terkini
Takwim @KVKPM
Sudut Infomasi
Kolej Vokasional Gerik
Km 4 Jalan Kuala Rui
33300 Gerik Perak
![]() |
VCMS Login System |
![]() |
Pertanyaan/Aduan |
| HRMIS | |
| eOperasi | |
| SPLKPM | |
| eProfiling |